web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Peruntukan KKM Satu Pelaburan Pastikan Keluarga Malaysia Kekal Sihat - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 9:40PM

Khairy menyifatkan Bajet 2023 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan aspek kesihatan dititikberat dalam hampir semua dasar, merentasi pelbagai kementerian dan agensi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik peruntukan sebanyak RM36.139 bilion yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin menyifatkan Bajet 2023 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan aspek kesihatan dititikberat dalam hampir semua dasar, merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

“KKM ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz atas peningkatan peruntukan dalam Bajet 2023.

“Sesungguhnya peruntukan yang diberikan ini adalah satu pengiktirafan kepada kepentingan penjagaan kesihatan, selari dengan aspirasi kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sebagai satu keutamaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan peruntukan sebanyak RM36.139 bilion kepada KKM iaitu sebanyak RM31.50 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM4.639 bilion lagi bagi belanja pembangunan.

Peruntukan dalam Bajet 2023 ini adalah pertambahan sebanyak RM3.729 bilion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion yang diperuntukkan pada 2022 untuk KKM.

Jika dibandingkan dengan keseluruhan peruntukan Bajet 2023 yang berjumlah RM372.3 bilion, peruntukan disediakan kepada KKM adalah sebanyak 9.71 peratus. 

Mengulas lanjut Khairy berkata, peningkatan peruntukan kepada KKM dalam Bajet 2023 adalah satu pelaburan yang amat diperlukan bagi memastikan Keluarga Malaysia kekal sihat, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, sebahagian besar peruntukan tersebut untuk membiayai Program Perubatan berjumlah RM11.81 bilion (37.51 peratus) dan Program Kesihatan Awam sebanyak RM5.49 bilion (17.42 peratus).

“Selain itu, sebanyak RM4.9 bilion (15.56 peratus) juga diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam melalui perolehan bekalan ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis.

“Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini juga menyaksikan perkhidmatan kesihatan diperkukuhkan bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan mental seluruh Keluarga Malaysia terjamin dan tidak ada golongan yang ditinggalkan,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata, pihaknya bersyukur kerana permohonan bayaran RM500 secara one off di bawah Skim Cahayamata Keluarga Malaysia untuk ibu B40 yang melahirkan anak tahun depan diluluskan.

Menurut beliau, skim itu dijangka dapat memberikan manfaat kepada lebih 200,000 keluarga B40 dalam memastikan kesihatan ibu mengandung dan anak yang bakal dilahirkan dapat menikmati makanan berzat.

“Ini dijangka dapat mengurangkan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak.

“Dalam hal ini KKM amat mengalu-alukan komitmen kerajaan meningkatkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti dalam pengumuman Bajet 2023,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks dengan peruntukan sebanyak RM11 juta akan menggalakkan wanita melakukan saringan awal dan rawatan awal juga dapat diberikan.

“Selain itu, perluasan pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 kepada perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian diri, pasangan dan anak berbanding hanya kepada rawatan perubatan sebelum ini turut diluluskan.

“Malah pengecualian duti import ke atas produk terapi gentian nikotin juga suatu sokongan ke atas usaha untuk memberhentikan tabiat merokok dalam kalangan Keluarga Malaysia,” katanya. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 24 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad