web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Agenda Martabat Syiar Islam Diutamakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:38PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agenda memartabatkan syiar Islam diutamakan pada pembentangan Bajet 2023 hari ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, sejumlah RM1.5 bilion disediakan untuk tujuan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Bagi 2023, kerajaan menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara fasiliti pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antaranya sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institut pondok berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut bersetuju memberikan bayaran one off sebanyak RM500 kepada guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut.

Menurut beliau, seramai 72,000 akan menerima manfaat daripada pemberian berkenaan.

“Setiap tahun, kerajaan menyediakan hampir RM700 juta sebagai bayaran elaun bulanan kepada imam, guru KAFA dan guru takmir.

“Mereka berperanan besar mendidik anak-anak kita dan mengimarahkan Islam dalam peringkat komuniti,” katanya.

Untuk menyemarakkan pembangunan industri halal, beliau memberitahu, sebanyak RM92 juta disediakan, antaranya untuk membangunkan Pusat Hab Halal Tanjung Manis, Sarawak yang dijangka siap tahun depan dengan kos RM59 juta.

“Kerajaan turut melaksanakan program Malaysia Services and Halal Global bagi mempromosi produk halal ke pasaran global dengan peruntukan RM8 juta,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif pembangunan industri halal bagi mempertingkat pematuhan pensijilan halal dan mengadaptasi inovasi halal dengan peruntukan RM6.5 juta.

“Turut diperkenal ialah program wakaf halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) orang kelainan upaya (OKU) melibatkan peruntukan RM2.5 juta bagi melaksanakan program on boarding kepada golongan terbabit.

“Industri halal Malaysia yang diunjur dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan menyumbang 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion menjelang 2025,” katanya. - Getaran 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad