web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Bangladesh Diculik Rakan Senegara Ditemui Mati Dibunuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 5:18PM

Polis menahan 2 lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh melibatkan seorang lelaki warga Bangladesh di Taman Perindustrian, Seri Kembangan, semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Mayat seorang lelaki yang menjadi mangsa culik ditemui dalam keadaan separa reput di Taman Perindustrian di sini, malam semalam.

Mangsa yang berasal dari Bangladesh ditemui dalam keadaan berikat menggunakan pita pelekat dan kain sarung pada bahagian tangan serta muka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zain Hassan berkata, lelaki tersebut yang berusia 39 tahun gagal dihubungi oleh ahli keluarga selepas keluar dari rumah pada 25 September lalu.

Menurut beliau, ibu mangsa yang berada di Bangladesh dilaporkan menerima panggilan daripada suspek berhubung keberadaan anaknya, sehari selepas kehilangan mangsa.

Suspek yang turut berasal dari Bangladesh katanya, menuntut tebusan sebanyak 500,000 Taka Bangladesh (BDT) atau RM24,000 jika mahu mangsa dibebaskan.

“Pada hari berikutnya iaitu 27 September, ibu mangsa membuat sejumlah bayaran kepada suspek melalui akaun bank di Bangladesh dan suspek berjanji akan melepaskan mangsa dalam masa dua hari.

“Bagaimanapun, sehingga 30 September, wanita tersebut tidak menerima sebarang berita berkenaan keadaan anaknya, sebelum mengarahkan abang mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya hari ini.

Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menggunakan maklumat diperoleh menahan dua lelaki warganegara Bangladesh di sekitar Beranang, petang kelmarin.

 “Susulan tangkapan, polis menahan dua lagi rakan senegara di Semenyih sekitar jam 4 petang semalam.

 “Soal siasat yang dilakukan membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan semak samun, Jalan Taming Jaya 10, Taman Perindustrian di sini dan pemeriksaan mendapati, mayat berada dalam keadaan separa reput reput,” katanya.

Jelas beliau, mayat itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum gantung sampai mati.

“Mangsa juga dipercayai dibunuh individu tidak dikenali,” katanya. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan