web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zafrul Bertolak Ke Parlimen Untuk Pembentangan Bajet 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 3:33PM

Tengku Zafrul bergambar sebelum ke Parlimen untuk membentangkan Bajet 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan pintu utama lobi bangunan pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi bagi membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, hari ini.

Beliau diiringi dua timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa serta beberapa kakitangan Kementerian Kewangan (MOF).

Segak berbaju Melayu berwarna biru firus, lengkap bersamping songket rona sama dan bersongkok, Tengku Zafrul turut dilihat memegang beg hitam dengan tenunan perak mengandungi teks ucapan Belanjawan 2023.

“Saat-saat meninggalkan MOF untuk membentangkan #Bajet2023 di Parlimen.

“Terima kasih kepada semua #TeamMOF yang berusaha bertungkus-lumus untuk menyediakan bajet yang responsif, bertanggungjawab dan reformis demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

“Saya mohon doa semua, semoga pembentangan bajet ini berjalan lancar. Ada yang teka betul tak colour (warna) baju saya?,” menurut muat naik Facebook MOF memetik kenyataan Tengku Zafrul.

Ini adakah kali ketiga Tengku Zafrul membentangkan belanjawan negara, selepas pertama kali berbuat demikian pada Bajet 2021 di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bajet 2021 disifatkan sebagai belanjawan membendung COVID-19 yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 bilion untuk Kementerian Kesihatan (KKM), bagi tujuan menguruskan pandemik itu.

Manakala bagi kali kedua untuk Bajet 2022 pada tahun lalu, beliau membentangkannya di bawah Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mensasarkan meneruskan langkah pemulihan COVID-19.

Aksi Zafrul meminum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat juga menarik perhatian ramai.

Beliau mengambil masa hampir dua jam membacakan teks ucapan bajet bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” setebal 83 muka surat ketika itu. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam