web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Sabah Serah Kepada SPR Tetapkan Tarikh Baharu PRK DUN Bugaya - Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 3:35PM

Kerusi DUN Bugaya kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020 kerana sakit buah pinggang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh baharu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya, kata Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Beliau berkata pihaknya hanya menunggu keputusan daripada SPR untuk menentukan tarikh baharu penamaan calon bagi membolehkan PRK DUN Bugaya diadakan, susulan perintah penamatan ordinan dan proklamasi darurat di kawasan itu berkuat kuasa semalam.

"Sekarang, terserah kepada SPR untuk bermesyuarat dan menetapkan tarikh baharu PRK DUN Bugaya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Kadzim berkata pihaknya sebelum ini telah membuat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN Bugaya, dan menurutnya SPR telah menetapkan 16 Januari 2021 bagi mengadakan PRK, namun dibatalkan dan ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat di kawasan berkenaan.

Kerusi DUN Bugaya kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020 kerana sakit buah pinggang.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada September 2020, Manis Muka yang bertanding atas tiket Parti Warisan berjaya mempertahankan kerusi DUN Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.

Manis Muka yang bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985, menewaskan enam pencabar lain termasuk calon Perikatan Nasional Mohd Daud Tampokong yang hanya memperoleh 2,552 undi.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa semalam.

Perintah pembatalan itu dinamakan sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) dan (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.

Selain itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 3) (Pembatalan) 2022 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.

Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Okt yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pembatalan itu berikutan Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan pada 2020 susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19, telah berakhir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan