Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Menjelang Bajet 2023: Rakyat Harap ‘Hadiah Terindah’, Menteri Kata Demi Kebaikan Semua

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 12:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kurang tiga jam menjelang Bajet 2023, bahang penantian pembentangan itu semakin terasa apabila semua pihak, khususnya rakyat ingin tahu apakah rancangan perbelanjaan yang terkandung dalam setiap helaian teks ucapan akan dibacakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bermula pada jam 2.30 petang ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Twitter pagi tadi memberi bayangan bahawa Bajet 2023 dirangka demi kepentingan Keluarga Malaysia.

Menurutnya, Bajet 2023 mengandungi kepelbagaian inisiatif yang membawa kepada perubahan ekonomi mampu dimanfaatkan semua golongan rakyat.

“Ianya akan menjana peluang pekerjaan dan pendapatan lebih baik, kehidupan lebih sejahtera serta peluang sosio-ekonomi inklusif dan mampan,” menurutnya.

Tinjauan di Twitter berhubung Bajet 2023 mendapati warga maya mengharapkan belanjawan itu mampu menjadi ‘hadiah’ terbaik untuk semua pihak, terutama golongan kurang berkemampuan.

“Pastinya #Bajet2023 #Budget2023 akan menjadi tawaran dan kelebihan kerajaan menjelang #PRU15 #GE15. Apapun, semoga yang terbaik untuk negara kita,” kata seorang pengguna.

“@tzafrul_aziz semoga berjaya dalam pembentangan #Bajet2023 anda! Kami berharap agenda #EV (kereta elektrik) akan terkandung dalam pengumuman anda,” tulis @myzevaorg

Manakala, ada antara mereka yang meminta warga Twitter memberikan pandangan berhubung Bajet 2023.

“Pembentangan Bajet 2023 di Parlimen hari ini oleh Tengku Zafrul. Apa kata anda? Kongsikan @JBatheromiaz.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memuat naik ciapannya menjelang Bajet 2023 dengan mengharapkan pembentangan berkenaan akan memberi khabar gembira untuk rakyat dan ekonomi negara.

“#Bajet2023 dibentangkan di Dewan Rakyat petang hari ini. Saya akan hadir, Insya-Allah. Moga banyak berita baik untuk rakyat dan ekonomi negara akan disampaikan Menteri Kewangan. Terima kasih terlebih awal kepada beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Lewat malam tadi, Zafrul berkongsi persiapan saat akhir pasukan MOF dalam menyediakan Bajet 2023, termasuk tinjauan daripada Perdana Menteri untuk melihat situasi.

“Dengan kurang daripada 24 jam sebelum pembentangan #Bajet2023, debaran semakin memuncak. Seperti biasa sebelum pembentangan Bajet, Perdana Menteri akan hadir untuk meninjau persiapan saat-saat akhir di Kementerian Kewangan.

“Secara ringkasnya, Bajet 2023 yang dirangka pasukan MOF akan berfokus kepada Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan, Kemakmuran Ekonomi dan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan.

“Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusan pasukan MOF dan janganlah engkau persulitkan. Rabbi yassir wala tu’assir,” ciapnya.

Terdahulu, Zafrul menerusi Facebook memaklumkan, pasukan MOF sudah ‘berkampung’ lebih tiga minggu di kementerian itu untuk melengkapkan belanjawan terbabit.

“Ada yang dah beberapa hari tak balik rumah bagi memastikan penyediaan bajet yang responsif, bertanggungjawab dan reformis,” katanya.

Ini adakah kali ketiga Zafrul membentangkan belanjawan negara, selepas pertama kali berbuat demikian pada Bajet 2021 di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bajet 2021 disifatkan sebagai belanjawan membendung COVID-19 yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 bilion untuk Kementerian Kesihatan (KKM), bagi tujuan menguruskan pandemik itu.

Manakala bagi kali kedua untuk Bajet 2022 pada tahun lalu, beliau membentangkannya di bawah Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mensasarkan meneruskan langkah pemulihan COVID-19.

Aksi Zafrul meminum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat menarik perhatian ramai.

Beliau mengambil masa hampir dua jam membacakan teks ucapan bajet bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera setebal 83 muka surat ketika itu. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pembayaran STR Fasa 2 Bermula 3 April - MOF

3

Ekonomi 2 minggu yang lalu

MOF Perincikan Skop Pengecualian Cukai Perkhidmatan Dalam Sektor Logistik

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 11 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan