web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ubat Batuk Didakwa Punca Kematian 66 Kanak-Kanak, Tak Berdaftar Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 11:26AM

Empat produk ubat batuk dikilangkan Maiden Pharmaceuticals, India yang dilaporkan menyebabkan kematian puluhan kanak-kanak di Gambia, tidak berdaftar di Malaysia. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Empat produk ubat batuk dikilangkan Maiden Pharmaceuticals, India yang dilaporkan menyebabkan kematian puluhan kanak-kanak di Gambia, tidak berdaftar di Malaysia.

Produk itu adalah Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia disahkan selepas semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) dilakukan.

“KKM mengambil maklum laporan sebuah akhbar tempatan semalam bertajuk ’66 kanak-kanak maut di Gambia selepas minum ubat batuk’ yang merujuk kepada empat produk dikilangkan Maiden Pharmaceuticals, India.

“Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar NPRA, KKM mendapati bahawa keempat-empat produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat di negara ini terjamin.

“KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya.

Menerusi laporan media itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat sirap ubat batuk dan selsema dibuat Maiden Pharmaceuticals di India yang dikaitkan dengan kematian 66 kanak-kanak di Gambia.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa ubat tercemar itu, mungkin sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat, dengan ‘kemungkinan wujud pendedahan global’. – Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad