web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Timbang Kemungkinan Wujud Majlis Penghukuman - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 10:00PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbang kemungkinan mewujudkan Majlis Penghukuman, yakni sebuah badan khas yang disasar bagi memupuk ketelusan dan konsistensi yang lebih baik dalam menjatuhkan hukuman, sebagai salah satu cara mereformasi sistem keadilan jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata majlis itu akan menjadi sebuah badan awam bebas, sama seperti Sentencing Council yang terdapat di United Kingdom.

“Ini bagi menggalakkan ketelusan lebih baik dan konsistensi dalam menjatuhkan hukuman, di samping mengekalkan kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam ucapan semasa melancarkan buku Edisi Keempat Datuk Dr Baljit Singh Sidhu bertajuk “Criminal Litigation Process” di sini, hari ini.

Beliau berkata satu lagi isu yang sedang dipertimbangkan adalah agenda reformasi penjara, dengan kerajaan sedang mengkaji untuk memastikan sebarang hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan konsep keadilan pemulihan.

“Ini bagi memastikan hak semua pihak dilindungi dan terjamin, sekali gus meningkatkan dinamik sistem keadilan jenayah Malaysia,” katanya.

Merujuk kepada buku karangan Baljit, Wan Junaidi berkata penerbitan edisi ke-4 itu menjadi testimoni kepada kepentingan perkara mengenai prosedur jenayah dan proses perbicaraan dalam pengurusan keadilan jenayah.

Beliau berkata pengurusan keadilan jenayah boleh menjadi satu proses yang mencabar kerana ia melibatkan pelbagai mekanisme dan petugas.

“Selain itu, ia memerlukan pengimbangan yang teliti terhadap hak-hak individu di satu pihak dan perlindungan masyarakat di pihak lain.

“Sebagai ahli dalam soal undang-undang, adalah penting bagi kita untuk mengambil tindakan yang perlu untuk melaksanakan keadilan dan membanteras ancaman jenayah apabila ia muncul.

“Sesiapapun tidak boleh berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memahami sejarah serta keadaan semasa undang-undang jenayah negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata kekurangan pengetahuan mengenai undang-undang dan prosedur yang diguna pakai turut membantutkan proses perundangan.

“Justeru perlu ada penerbitan yang komprehensif yang masih mengekalkan bahasa yang mudah supaya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat untuk memahami hak dan kewajipan mereka, skop undang-undang, dan membincangkan bagaimana ia boleh diperbaiki,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengalaman Luas Layakkan Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar