web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agenda Bubar Parlimen Dibincang Jika Berkesempatan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 3:18PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini jika berkesempatan.

Beliau berkata kebiasaannya pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilakukan setiap minggu, sehari sebelum mesyuarat Kabinet bagi membincangkan perihal berkaitan Kabinet.

Menurutnya, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka.

Semasa ditemui selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini, Ismail Sabri yang ditanya sama ada tarikh pembubaran Parlimen akan dibawa pada majlis menghadap hari ini berkata: “Tak pasti lagi nak bawa atau tak. Kalau bincang hal Kabinet panjang sangat, pasal Kabinet sahaja.”

Ditanya lagi sama ada terdapat agenda “tambahan atau khusus” semasa menghadap Agong, Ismail Sabri berkata: “Kita tengok, kalau bincang sampai Maghrib tak sempat nak bincang hal lain”.

Ismail Sabri dijangka menghadap Seri Paduka pada pukul 4 petang ini di Istana Negara.

Mengenai tindakan menteri Perikatan Nasional (PN) membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, beliau berkata mereka berhak memberikan pandangan masing-masing namun keputusannya tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri berkata pembubaran Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh dicabar dan Seri Paduka mempunyai kuasa budi bicara sepenuhnya berdasarkan Perkara 40(2)(b) Perlembagaan.

Menurut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam melaksanakan fungsi iaitu tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

“Jadi siapa sahaja berhak beri pandangan termasuk Perdana Menteri berhak beri pandangan tetapi kuasa pemutus adalah (Yang di-Pertuan) Agong.

“Kalau mereka nak tulis surat ke atau nak buat kenyataan akhbar ke, boleh. Itu bebas tapi akhirnya keputusan oleh (Yang di-Pertuan) Agong,” kata beliau.

Dilaporkan 12 ahli Kabinet dari Bersatu dan PAS tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini kerana bimbang risiko banjir dan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian mereka.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan surat itu ditandatangani oleh semua menteri PN kerana tidak mahu PRU-15 diadakan tahun ini, manakala Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata surat bertarikh 3 Oktober itu sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam