web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Tipu Jual Tanah Guna Nama MB Selangor Dikesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 1:09PM

PTGS mengesan terdapat cubaan penipuan urusniaga tanah dengan memperdaya orang ramai menggunakan nama agensi itu termasuk melibatkan nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar ihsan PTGS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mengesan terdapat cubaan penipuan urusniaga tanah dengan memperdaya orang ramai menggunakan nama agensi itu termasuk melibatkan nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jurucakap PTGS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, modus operandi yang digunakan ialah dengan penyamaran sebagai orang yang dilantik berurusan dengan agensi itu dan mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

Menurut beliau, pihak terbabit juga mengeluarkan notis untuk menjual hartanah dan telah memalsukan tandatangan pada notis tersebut.

“Terdapat juga pihak menggunakan nama pegawai kanan dan tertinggi PTGS dan PDT yang masih berkhidmat mahu pun telah berpencen dengan memberikan maklumat dan janji palsu bagi urusan jual beli tanah.

“PTGS ingin menegaskan kepada orang awam bahawa kami tidak pernah melantik mana-mana individu mewakili pentadbiran ini bagi sebarang urusan urusniaga hartanah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan taktik penipuan seumpama itu.

“Kebanyakan mereka yang telah menjadi mangsa penipuan ini melibatkan jumlah kerugian kewangan besar dan agak sukar untuk mendapatkan kembali wang mereka jika telah menjadi mangsa.

“Sekali lagi, orang ramai wajar membuat semakan terlebih dahulu dengan PTGS atau mana-mana PDT bagi mengelakkan menjadi mangsa jual beli hartanah,” katanya.

Justeru katanya, laporan polis telah dibuat bagi kes yang telah dikenalpasti agar tindakan tegas boleh diambil.

“Terdapat pelbagai modus operandi atau faktor yang menjurus ke arah masalah penipuan ini berlaku sama ada melibatkan sindiket atau pun perseorangan,” katanya.

Ujarnya, antara beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengelak tertipu ialah dengan memastikan kewujudan tanah melalui daftar pelan yang sah, membuat semakan berkaitan pemilikan (tuan punya tanah), nombor hak milik atau nombor lot, nombor mukim dan saiz keluasan tanah melalui carian di PDT atau PTGS.

“Selain itu, pembeli juga perlu membuat semakan sekatan kepentingan seperti kebenaran hak milik, kaveat dan cagaran atau gadaian.

“Pastikan juga wakil mempunyai Surat Kuasa Wakil yang sah, mewujudkan perjanjian jual beli selain menggunakan khidmat peguam sah dan ejen hartanah berpengalaman serta berjumpa dengan pemilik tanah untuk mendapatkan pengesahan,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

Amirudin Hampir Pasti MB Selangor, Papparaidu Ganti Gunaraj

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad