web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Lulus Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 8:42PM

Menerusi rang undang-undang itu, denda maksimum RM10 juta dikenakan bagi kesalahan seperti pencemaran air dan pelupusan haram buangan terjadual - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022 antaranya untuk meningkatkan penalti tidak melebihi RM10 juta bagi memberi amaran dan kesedaran supaya tidak ada pihak sewenang-wenangnya mencemarkan alam sekitar.

Menerusi rang undang-undang itu, denda maksimum RM10 juta dikenakan bagi kesalahan seperti pencemaran air dan pelupusan haram buangan terjadual.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penetapan jumlah penalti yang tinggi itu kerana kos keseluruhan terpaksa ditanggung akibat jenayah tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding jumlah penalti yang ditetapkan sebelum ini.

"Sebagai contoh, pencemaran Sungai Kim Kim di Johor RM6 juta lebih (kos). Di Selangor, dengan penutupan loji, kos rawatan sungai dan baik pulih, itu belum termasuk kos penghantaran air melalui tanker sepanjang loji ditutup dan pengguna dapat air tanpa caj pada waktu itu, maknanya kos jauh lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu yang kemudian  diluluskan secara sebulat suara.

Rang undang-undang itu juga melibatkan pindaan terhadap 28 seksyen Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) antara lain merangkumi pemantapan hukuman dengan julat kadar denda minimum tidak kurang RM5,000 serta penjara mandatori tidak lebih lima tahun. 

Kadar kompaun turut ditingkatkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum kesalahan berkaitan.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata pindaan itu bertujuan memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan mengikut pilihan sendiri.

“Di samping itu, ia juga akan mewujudkan persaingan yang sihat di antara kesatuan sekerja dengan harapan kesatuan akan berusaha untuk berada pada kedudukan terbaik dari segi pentadbiran, penganjuran aktiviti sosial, pendidikan atau kebajikan,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu. 

Persidangan bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad