web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng, Saravanan Bertemu: ‘Demi Selesai Isu Pekerja Asing, Bukan Raih Kemenangan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:47PM

M. Saravanan dan Lim Guan Eng semasa pertemuan berhubung isu kemasukan pekerja asing hari ini - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan, pertemuan bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan hari ini berhubung isu kemasukan pekerja asing adalah usaha mencari penyelesaian, bukan untuk meraih ‘kemenangan’ atau menunjukkan pihak mana lebih hebat.

Berdasarkan pertemuan tersebut, Guan Eng memberitahu, Saravanan bersetuju dengan cadangan pihaknya agar peranan pusat sehenti (one stop center) yang sebelum ini hanya terhad kepada aduan melibatkan aspek permohonan, diperluas.

Katanya, ia bagi memastikan pusat itu menguruskan aduan berhubung kemasukan pekerja asing secara keseluruhan.

Selain itu, beliau berkata, pusat sehenti itu juga dicadang desentralisasi bagi mempermudah urusan pihak yang menetap jauh dari ibu negara, khususnya di negeri luar.

“Kami di sini bukan untuk meraih ‘markah besar’ tetapi untuk mencari penyelesaian. Sama ada penyelesaian tersebut berkesan, itu perlu tunggu dan lihat,

“Namun, apa yang kita mahu adalah untuk melihat adanya beberapa kemajuan dalam isu kekurangan pekerja asing ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Taklimat Khas Bersama Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini.

Pertemuan kira-kira tiga jam itu diadakan selepas beberapa minggu kedua-dua pemimpin terbabit ‘bertikam lidah’ berhubung isu kemasukan pekerja asing.

Turut hadir, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Barat yang juga mantan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Pada sesi tersebut, Guan Eng menekankan beberapa perkara, antaranya menekankan soal kekurangan pekerja asing dalam semua sektor, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Ahli Parlimen Bagan itu turut menarik perhatian, banyak pasar dan pusat penjaja menerima kesan daripada isu kekurangan pekerja asing berkenaan.

“Sebagai contoh, kalau kita ke pasar dahulu, ada khidmat bersihkan ikan, tetapi sekarang tidak boleh disebabkan kekurangan pekerja.

“Selain itu, terdapat tempat makan yang mana pelanggan terpaksa layan diri. Itulah dari aspek akar umbi,” ujarnya.

Taklimat tersebut sedikit ‘tegang’ apabila ada antara mereka ingin menegakkan pendapat masing-masing.

Ditanya pemberita sama ada beliau berpuas hati dengan komitmen diberikan Saravanan berhubung isu berkenaan, Guan Eng hanya menjawab, apa yang ingin dilihat adalah terdapat kemajuan dalam usaha mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Kehadiran Guan Eng ke pejabat Saravanan petang ini susulan pemimpin itu menjemputnya dengan meminta beliau membawa bersama bukti berhubung dakwaan bahawa Ahli Parlimen Tapah itu gagal menangani kekurangan buruh asing. - Getaran 5 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam