web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


79,559 Penipuan Telefon Babit Kerugian Lebih 2.5 Bilion Direkod Kurang 4 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2022 5:49PM

Berdasarkan statistik, Melayu dicatatkan sebagai jumlah mangsa paling ramai dalam setiap kategori kes bagi jenayah penipuan atas talian, iaitu seramai 42,755 mangsa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 79,559 kes penipuan telefon direkodkan di negara ini sejak tahun 2018 hingga 15 September lalu, membabitkan kerugian RM2,513,732,701.72.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, berdasarkan statistik, Melayu dicatatkan sebagai jumlah mangsa paling ramai dalam setiap kategori kes bagi jenayah penipuan atas talian, iaitu seramai 42,755 mangsa.

Katanya, ia diikuti Cina (21,225 mangsa), lain-lain kaum (8,540 orang) dan India (7,039 orang).

“Lingkungan umur 21 hingga 40 tahun adalah antara golongan paling tinggi menjadi mangsa kepada jenayah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong berhubung jumlah sebenar kes penipuan telefon yang menyebabkan wang simpanan mangsa dikeluarkan tanpa izin.

Sementara itu, menurut Majlis Keselamatan Negara, kes penipuan dalam talian seringkali menjadi tajuk utama media tempatan.

Di antara kategori kes kerap dilaporkan adalah melibatkan e-dagang (pembeliaan secara dalam talian), kes pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam.

Menerusi makluman pihak berkuasa, penipuan itu menyaksikan penjenayah menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan maklumat perbankan daripada mangsa dan lebih merumitkan keadaan, apabila mangsa lambat menyedari wang mereka lesap.

Justeru, Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini mengumumkan institusi perbankan di negara ini akan melaksanakan lima langkah pencegahan tambahan bagi memerangi penipuan kewangan, termasuk beralih daripada penggunaan kata laluan sekali sahaja yang berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengesahan lebih selamat.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, langkah kedua adalah mengetatkan lagi peraturan pengesanan dan pencetus bagi menyekat transaksi berkaitan dengan penipuan kewangan.

Ketiga, katanya, institusi perbankan menetapkan tempoh bertenang untuk pendaftaran perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat buat kali pertama.

“Selain itu, pelanggan akan dihadkan kepada satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian.

“Manakala langkah kelima, bank-bank akan dikehendaki mewujudkan talian penting khusus untuk penipuan kewangan,” katanya. – Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad