web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jho Low Dalam Konvoi Kereta Ke Rumah Najib Di Bukit Tunku - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 5:07PM

Saksi berkata tidak banyak yang diketahuinya tentang Jho Low sebelum 2011, dan ahli perniagaan itu tidak pernah menjadi pelanggan bank tersebut - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low berada dalam konvoi kereta ke rumah Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Tunku pada 2011.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang, 75, berkata beliau ke rumah Najib untuk membantu membuka akaun bank bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Cheah berkata pada Januari 2011, beliau diambil di rumah untuk dibawa ke rumah Najib dengan sebuah kereta.

"Apabila kereta ambil saya, ada konvoi dua tiga kereta. Saya dalam kereta dengan pemandu. Kereta lain ada orang lain. Sampai di rumah Najib, saya nampak Jho Low dalam kereta lain," katanya.

Cheah bagaimanapun berkata beliau tidak berkomunikasi dengan Jho Low semasa di rumah Najib.

Beliau berkata tidak banyak yang diketahuinya tentang Jho Low sebelum 2011, dan ahli perniagaan itu tidak pernah menjadi pelanggan bank tersebut.

"Saya hanya dua atau tiga kali berjumpa dengannya untuk mesyuarat makan tengah hari. Tetapi beliau mempunyai tabiat datang lewat," katanya sambil menambah Jho Low pernah lewat 30 minit.

Saksi itu turut menafikan pernah menerima hadiah telefon BlackBerry daripada Jho Low.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad