web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alumni Masscomm UiTM Bantah Fakulti Digabung, Anggap Lemahkan Asas Komunikasi Massa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 3:20PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Keputusan ini tidak dipersetujui alumni dan akan melemahkan pendidikan asas komunikasi massa, iaitu menyampaikan maklumat kepada orang ramai,” kata Presiden Alumni Masscomm, Basree Rakijan.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menggabungkan Masscomm atau Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik di bawah nama baharu, iaitu Kolej  Pengkomputeran, Informatik dan Media.

“Pelajar komunikasi hendaklah dilatih dengan kepakaran diamalkan menerusi pelbagai media, seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, filem, media sosial dan internet.

“Platform ini memerlukan kemahiran berfikir dan membuat analisis, kreativiti serta kepakaran mencipta kandungan. Malah, mata pelajaran sepatutnya diberikan penekanan adalah yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Alumni Masscomm mengalu-alukan sesi perbincangan diadakan antara pengurusan universiti bersama pihaknya, sebelum keputusan penggabungan itu dilaksanakan.

“Ahli alumni Masscomm UiTM percaya ia dapat memberikan kefahaman mendalam betapa perlunya kita mengekalkan imej dan penjenamaan fakulti yang sudah kita bina selama lebih lima dekad,” ujarnya.

Menurutnya, graduan Masscomm membuktikan kemampuan mereka sebagai pemimpin industri dalam bidang percetakan, penyiaran, periklanan, perhubungan awam, filem dan media sosial.

“Dalam persekitaran di mana gejala salah maklumat (misinformation) berleluasa adalah penting pelajar dilatih sebagai komunikator yang baik,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui ilmu pengajian komputer dan informasi masih berfaedah serta penting untuk dituntut, namun bagi pelajar komunikasi, ia adalah mata pelajaran teknikal yang hanya menjadi alat dalam penciptaan kandungan.

“Alumni Masscomm merancang mengadakan perbincangan dengan UiTM bersama- sama pemegang taruh lain serta wakil daripada pelbagai organisasi dalam industri,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, keputusan diumumkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor bahawa universiti itu mengambil langkah menggabungkan beberapa fakulti termasuk Masscomm mulai Oktober ini, mencetuskan rasa tidak puas hati dan kekecewaan alumninya.

Justeru, satu petisyen dalam talian dilancarkan alumni Masscomm baru-baru ini, bagi membantah cadangan UiTM menggabungkan kedua-dua fakulti berkenaan.

Menerusi komen di petisyen itu, majoriti mereka seolah-olah turut ‘terguris hati’ dengan pengumuman penggabungan dilakukan pengurusan universiti awam (UA) terbabit, malah meminta ia diteliti semula.

“Banyak sudah jasa Masscomm yang dulu dikenali sebagai Kajian Sebaran Am. Melahirkan wartawan terhebat, teknokrat dan pelbagai lagi.

“Jadi sebagai alumni Masscomm, saya bantah penggabungan tersebut. Biar Masscomm terus wujud,” menurut kandungan petisyen itu. - Getaran 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad