web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Johor Nafi Kes Culik Jual Organ Di Hospital Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 2:49PM

dakwaan tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor hari ini menafikan berlakunya kes penculikan bagi mengambil organ untuk dijual kepada hospital di negeri ini sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan pihaknya juga mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah sepertimana yang didakwa seorang individu di media sosial.

Beliau berkata dakwaan tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

"Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi tujuh saat di media sosial yang mendakwa terdapat penculikan melibatkan pengambilan organ manusia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar