Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘Bila Nak Jumpa, Saravanan Terus Umum Kelulusan Lebih 500,000 Pekerja Asing’?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 2:44PM

Lim Guan Eng berkata, kontraktor industri pembinaan menyanggah dan mempertikaikan dakwaan Kementerian Sumber Manusia bahawa kekurangan buruh asing sudah diselesaikanGambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, mempertikaikan tindakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menjelang pertemuan mereka petang ini, apabila tiba-tiba mengumumkan kelulusan untuk 541,315 pekerja asing sehingga 26 September lalu.

Malah, katanya, kenyataan turut menyebut 436,613 daripadanya sudah dibayar levi, walaupun hakikatnya ia berbeza daripada realiti di lapangan.

“Kementerian kata dengan mengambil kira-kira 1.3 juta pekerja asing sedia ada di Malaysia dan kuota yang diluluskan sebanyak 541,315, jumlah itu hampir memenuhi permintaan industri sebanyak 1.8 juta bagi buruh asing.

“Bagaimanapun, ini tidak mempunyai kaitan dengan realiti di lapangan, di mana perniagaan kekurangan tenaga kerja. Malah penjaja meminta pelanggan untuk layan diri dan penjual ikan di pasaran tidak dapat membersihkan serta menyiang ikan untuk pelanggan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, kontraktor industri pembinaan menyanggah dan mempertikaikan dakwaan Kementerian Sumber Manusia bahawa kekurangan buruh asing sudah diselesaikan.

Katanya, 10 persatuan kontraktor binaan, termasuk Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) memaklumkan kekurangan buruh asing yang berterusan, membantutkan pemulihan industri pembinaan, selain mereka berdepan kadar faedah lebih tinggi.

Beliau berkata, 10 persatuan kontraktor binaan itu juga, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam mengembalikan proses kemasukan pekerja asing ke Pusat Pertukaran Buruh Binaan Bhd (CLAB) bagi mengatasi isu pekerja asing, tanpa penglibatan Kementerian Sumber Manusia.

Jelasnya, ia bagi memudahkan kemasukan pekerja asing dengan segera.

Menurut Guan Eng, sembilan persatuan kontraktor binaan lain itu adalah Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia (GBC), Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM) dan Institusi Diraja Juruukur Malaysia (RISM).

Selain itu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan  (REDHA) Malaysia, Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) serta Institut Perancang Malaysia (MIP).

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, isu kekurangan pekerja, terutamanya buruh migran begitu meruncing sehingga syarikat, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mengalami kerugian besar atau ditutup dan trajektori pertumbuhan positif ekonomi negara mungkin terjejas.

“Bulan lalu, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menganggarkan hanya 47,000 atau 12 peratus pekerja asing memasuki Malaysia daripada 385,000 kelulusan Menteri Sumber Manusia sejak Januari lalu untuk semua sektor industri.

“Tidak ada gunanya memberi kelulusan jika hanya 12 peratus pekerja asing yang diluluskan dapat masuk ke negara ini,” katanya.

Justeru, Guan Eng berkata, Kementerian Sumber Manusia perlu menjelaskan mengapa pihaknya gagal menunaikan janji berkenaan pemprosesan dalam talian, mempercepat proses temu duga majikan di Pusat Sehenti (OSC) mengikut zon dan negeri atau memberi kelulusan dalam tempoh seminggu di bawah Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Ujarnya, dakwaan salah laku atau penyelewengan dalam sistem membabitkan permohonan pekerja asing akan diuruskan dua rakan sekerja beliau hari ini, iaitu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

Kementerian itu, tegasnya, mesti mengendalikan pemprosesan pekerja asing secara telus, bertanggungjawab dan profesional yang dapat menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap penyampaian perkhidmatan cekap.

Terdahulu, Guan Eng menegaskan akan hadir ke pejabat Saravanan petang hari ini dengan membawa bersama bukti berhubung dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Tapah itu gagal menangani kekurangan buruh asing.

Menurut beliau, bukan sahaja dirinya, malah Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham akan hadir pada pertemuan itu.

“Tiada masalah, (saya) tetap akan sampai,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Malah Guan Eng berkata, beliau akan membawa bersama bukti dakwaannya berhubung kegagalan Saravanan menangani isu tersebut.

Sehari sebelum itu, Saravanan menjemput Guan Eng hadir bertemu dengannya dan meminta Ahli Parlimen Bagan terbabit, menunjukkan bukti bahawa kementeriannya gagal menangani masalah kekurangan buruh asing di negara ini. - Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi