Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Terjatuh Dari Kerusi Bayi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 2:10PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran di Taman Sutera, di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika kanak-kanak itu sedang makan bersama keluarganya di restoran berkenaan sebelum terjatuh lalu kepalanya terhentak di lantai.

“Siasatan awal polis mendapati keluarga itu datang ke restoran sejam sebelum kejadian, ketika sedang makan mangsa menolak meja menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya terjatuh bersama kerusi bayi.

"Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa dikatakan menangis sebelum pengsan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu turut disaksikan pekerja restoran terbabit sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk terus menghantar anaknya ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius.

Fariz Ammar berkata bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

"Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

2

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

3

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

4

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

5

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

6

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

7

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Luar Negara 5 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 21 jam yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 1 hari yang lalu

Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

oleh Fida Ruzki