web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LHDN Tarik Rayuan Berkaitan Cukai Pendapatan Terhadap Anak Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 11:25AM

Nooryana Najwa Najib - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya, yang difailkan di Mahkamah Rayuan, berhubung samannya terhadap anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bagi mendapatkan RM10.3 juta cukai pendapatan tidak dibayar.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa berkata LHDN memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu pada Isnin.

“Anak guam kami telah menyelesaikan kes cukainya selepas ejen cukainya dan LHDN berbincang mengenainya," katanya semasa dihubungi hari ini.

Wee berkata rayuan LHDN yang dijadualkan didengar hari ini.

LHDN merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos 2020 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Nooryana Najwa bagi mendapatkan semula RM10.3 juta cukai pendapatan yang belum dibayar.

Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, di Mahkamah Tinggi, menamakan Nooryana Najwa selaku defendan.

Menurut penyataan tuntutan, LHDN mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa sehingga kini, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam