web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KTMB Tawar 4,410 Tiket ETS Platinum Tambahan KL Sentral-Padang Besar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2022 9:49AM

Perjalanan tiket bagi tren tambahan ini adalah bagi perjalanan pada 7, 8 dan 10 Oktober serta 21 hingga 24 Oktober ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) Platinum tambahan bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar dan Padang Besar-KL Sentral sempena Maulidur Rasul serta Deepavali.

Menerusi kenyataannya, KTMB memaklumkan, perkhidmatan tambahan itu adalah bagi perjalanan pada 7, 8 dan 10 Oktober serta 21 hingga 24 Oktober ini.

“Tren akan berlepas pada jam 11 pagi dari Padang Besar dan tiba di KL Sentral pada jam 4.36 petang. Manakala tren dari KL Sentral akan berlepas pada jam 5.05 petang dan tiba di Padang Besar pada jam 10.34 malam.

“Perjalanan tiket tren tambahan ini dibuka mulai 4 Oktober (semalam),” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, KTMB berkata, sebanyak 639 tempat duduk sehari ditawarkan, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4,410 tiket.

“Tren tambahan ini turut menyediakan koc kelas perniagaan,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, KTMB mengambil inisiatif menawarkan tren tambahan itu bagi memenuhi permintaan penumpang.

Jelasnya, inisiatif berkenaan juga bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai yang akan pulang ke kampung atau bercuti di dalam dan luar negara.

Tiket, katanya, boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB.

“Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my,” katanya. – Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar