web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tak Bercadang Tawar Ganjaran Kesan Jho Low, Red Notice Sudah Memadai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 9:37AM

Lelaki dalam gambar ini (dua dari kanan) dipercayai Jho Low dan dikesan berada di Disneyland Shanghai pada 2019. - Gambar dari Twitter Tom Wright

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kaedah melalui Red Notice (pemakluman kedudukan orang dalam buruan) dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) adalah lebih baik untuk mengesan keberadaan ahli perniagaan dikehendaki Malaysia, Jho Low, berbanding menawarkan ganjaran kepada pihak yang memiliki maklumat terkini mengenai lelaki itu.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Malaysia belum bercadang menawarkan ganjaran berkenaan setakat ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan buat masa ini, kaedah melalui Red Notice yang sudah dikeluarkan INTERPOL adalah lebih baik kerana menggunakan elemen kerjasama dan maklumat perisikan lebih tepat.

“Kaedah ini memerlukan mana-mana 195 negara anggota yang mempunyai maklumat berkaitan Jho Low, bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada Malaysia bagi membolehkan tindakan ekstradisi dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat berhubung mengapa kerajaan tidak menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat terkini mengenai keberadaan Jho Low dan gengnya yang dikehendaki polis.

Hamzah Zainuddin - Gambar fail
Hamzah Zainuddin - Gambar fail

Mengulas mengenai soalan pemimpin itu sama ada PDRM sudah menghubungi dua wartawan, Tom Wright dan Bradley Hope mengenai dakwaan mereka bahawa Jho Low serta keluarganya dilihat di China dan Hong Kong pada tahun 2018 serta 2019, Hamzah berkata setiap maklumat diterima mengenai keberadaan individu terbabit di negara asing, sentiasa diteliti kesahihannya.

“(Penelitian ini) Termasuklah dengan menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara berkenaan berdasarkan saluran antarabangsa sedia ada, selain bersandarkan kepada hubungan baik serta kerjasama dengan pihak berkuasa negara asing,” katanya.

Jho Low atau Low Taek Jho dikehendaki PDRM bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas dipercayai ‘menghilangkan’ diri ke luar negara.

PDRM cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha itu masih belum berhasil setakat ini.

Terbaharu, Jho Low didakwa dikesan berada di Disneyland Shanghai, China pada tahun 2019.

Dakwaan itu tercetus selepas imej seorang lelaki miripnya dilihat duduk bersama dua individu dipercayai di sebuah restoran.

Imej tersebut dikongsikan ketika perbualan dalam talian oleh Wright yang juga wartawan penyiasat dan pengasas bersama Projek Brazen, dalam usahanya mengesan Jho Low di sekitar Asia.

Wright turut berkongsi imej terbabit di akaun Twitter miliknya, sambil mendakwa Jho Low sedang menikmati perjalanan ke Disneyland Shanghai bersama rakan-rakan.

“Buktinya ‘semakin banyak’,” tambahnya.

Beliau adalah seorang penulis buku terkenal Billion Dollar Whale yang mendedahkan skandal hubung kait ahli perniagaan tersebut dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa Jho Low kemungkinan berada di Macau.

Manakala, pada Februari 2020 lalu, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low dikesan di Wuhan, namun jejaknya hilang sejak itu.

Hamzah menerusi kenyataannya sebelum ini meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan Jho Low, memaklumkannya kepada pihak berkuasa Malaysia. – Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad