web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicarakan Di Mahkamah Bukan Pada Awam, Kata Sri Ram Pada Peguam Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 5:29PM

Gopal Sri Ram - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini memberi amaran kepada peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk tidak adakan perbicaraan di media berhubung kes rasuah RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas perdana menteri itu.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa kenyataan media dibuat Muhammad Shafee semalam seperti satu serangan terhadap pendakwaan yang menuduh mereka menyembunyikan bukti dalam kes tersebut.

“Yang Arif, terdapat serangan secara langsung terhadap pihak pendakwaan bagi pihak tertuduh (Najib), beliau (Muhammad Shafee) berkata bahawa pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan transaksi itu.

“Sepatutnya, tertuduh menjalankan perbicaraannya di mahkamah dan bukannya pada masyarakat umum.

“Saya tidak boleh menjawab secara terbuka dan suatu yang tidak wajar untuk menjawab secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata pihak pendakwaan akan perlu memohon untuk menghalang pihak pembelaan bercakap dengan media, jika mereka meneruskan perbuatan ini.

Semalam, Muhammad Shafee menyatakan bahawa aliran masuk duit ke dalam akaun Najib pada Februari dan Jun 2011 berjumlah kira-kira RM60.6 juta (kira-kira AS$20 juta) adalah daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al Saud.

Pihak pembelaan mendakwa bahawa dana itu merupakan sebahagian daripada hadiah kepada Najib daripada bekas Gabenor Wilayah Madinah, Saud Abdulaziz Majid Al Saud.

Peguam itu berkata pihak pendakwaan hanya menyatakan mengenai dua transaksi pindahan, tetapi tidak menyatakan lima lagi pindahan ke dalam akaun Najib antara Ogos 2011 dan Ogos 2012, yang didakwa daripada Putera Turki dan Kementerian Kewangan Riyad berjumlah kira-kira AS$180 juta.

Muhammad Shafee juga telah menyatakan surat daripada bekas gabenor yang dialamatkan kepada Najib, yang menyatakan jumlah derma yang dibuat kepada bekas perdana menteri itu.

Pada perbicaraan hari ini Sri Ram menjelaskan bahawa surat yang sama telah dikemukakan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan hakim perbicaraan, bersama hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, telah menolak bukti itu.

“Jika mereka mahu bergantung kepada surat yang sama di dalam domain awam, anda tidak boleh katakan kami (pihak pendakwaan) menyembunyikan (maklumat itu), ia tidak relevan,” katanya, dan menambah bahawa kesnya adalah untuk membuktikan bahawa duit 1MDB masuk ke dalam akaun tertuduh.

Pada ketika ini, seorang lagi peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed mencelah dengan mengatakan bahawa kes itu perkara yang berbeza dan tiada kena mengena dengan perbicaran masa ini.

“Yang Arif, Tan Sri Muhammad Shafee akan menjawab berkaitan perkara ini di mahkamah esok pagi,” katanya dan menambah Muhammad Shaefee tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana beliau tidak sihat.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Sequerah berkata mahkamah akan menunggu jawapan Muhammad Shafee mengenai perkara itu esok.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar