web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2,119 Tapak Rangkaian 5G Siap Dibangun DNB Setakat Ogos Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 5:11PM

Annuar Musa berkata peratusan liputan 5G melibatkan kawasan Lembah Klang dan beberapa bandar utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sabah serta Sarawak. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,119 tapak Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G sudah siap dibangunkan Digital Nasional Berhad (DNB), sehingga 31 Ogos lalu.

Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, selepas hampir setahun pembangunan SWN dijalankan, liputan 5G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 33.2 peratus.

Katanya, peratusan liputan itu melibatkan kawasan Lembah Klang dan beberapa bandar utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sabah serta Sarawak.

“Buat masa ini, jumlah langganan perkhidmatan 5G dianggarkan melebihi 250,000 langganan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pada Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 mengenai perkembangan pendekatan ‘supply-driven’ (berpandukan penawaran) yang digunakan bagi pelaksanaan inisiatif 5G dalam negara.

Menurut Annuar, kerja pembangunan rangkaian sudah bermula seawal September tahun lalu dan menunjukkan kemajuan memuaskan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, kerja pembangunan rangkaian 5G sedang giat dilaksanakan dan dijangka sasaran 36 peratus liputan di kawasan berpenduduk, dicapai pada penghujung 2022.

“Perkembangan pelaksanaan infrastruktur 5G yang positif ini turut memberi keyakinan bahawa sasaran 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk pada penghujung 2024, mampu direalisasikan,” katanya.

Rangkaian 5G adalah teknologi sambungan internet mudah alih generasi seterusnya yang menawarkan kelajuan lebih pantas dan sambungan semakin stabil kepada peranti mudah alih.

Menggabungkan teknologi rangkaian paling maju dengan peranti berspesifikasi tinggi terkini, 5G menjanjikan sambungan jauh lebih pantas berbanding kemudahan terdahulu.

Sebelum ini, Annuar dilaporkan berkata, pengguna dijangka tidak perlu membayar kos tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan 5G kerana kerajaan sudah mengambil kira soal itu sebelum melaksanakannya.

Katanya, menerusi DNB sebagai agensi pelaksana perkhidmatan itu, kerajaan sudah menetapkan agar kos kemudahan terbabit perlu efektif supaya tidak membebankan pengguna. - Getaran, 4 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar