web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kenal Pasti 2, 3 Suspek Lagi Kes Culik Ejen Kosmetik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 2:41PM

Acryl Sani berkata suspek yang dikenal pasti itu dipercayai warga tempatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis sedang mengenal pasti dua hingga tiga orang lagi yang dipercayai terlibat dalam penculikan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek yang dikenal pasti itu dipercayai warga tempatan, namun pihaknya memerlukan masa untuk mengumpul dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa di Thailand.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan dan memeriksa segala keterangan yang ada untuk mengetahui duduk sebenar kes itu dan memohon media bersabar serta memberi sedikit masa lagi supaya kita betul-betul dapat establish (memastikan) motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mangsa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Pulau Pinang Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Pangkalan Polis Marin Batu Uban, di sini. Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali.

Dalam kejadian 13 September lepas, mangsa diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 5.10 petang dan disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.

Acryl Sani dalam kenyataan sebelum ini berkata mangsa diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat dan perisikan antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara itu.

Kepada soalan sama ada PDRM akan memohon supaya suspek kes berkenaan yang ditahan di negara jiran akan diekstradisi, Acryl Sani berkata proses itu akan dibuat menerusi saluran undang-undang.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi kes penculikan kanak-kanak dan penjualan organ yang disensasikan dalam media sosial, Acryl Sani berkata siasatan polis mendapati kebanyakan kes berkenaan adalah palsu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan dan maklumat lanjut, pihaknya mendapati kes terbabit tidak benar, tidak berasas dan sengaja diada-adakan serta disebarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan.

“Melainkan kes penculikan di Genting Highlands (Pahang), saya tidak boleh komen kerana sedang melalui proses perbicaraan, jadi biar mahkamah tentukan motif sebenar di sebalik kejadian itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau melihat penyebaran kes sebegitu secara tidak langsung meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak, namun meminta agar masyarakat tidak menyebarluaskan berita yang tidak benar sehingga mendatangkan kegusaran orang ramai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam