web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peluang Pekerjaan Warga Tempatan Akan Dipastikan Tidak Terjejas - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 1:48PM

M Saravanan menjawab soalan pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas dengan kemasukan kira-kira 2.1 juta pekerja asing dalam masa terdekat ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau yang memberikan komitmen itu turut berjanji akan memastikan segala permohonan pihak industri untuk membawa masuk pekerja asing selepas ini, akan dikaji pihaknya secara mendalam.

“Semua orang minta (pekerja asing), kalau saya nak luluskan semua atas permintaan mereka, mungkin orang tempatan tak ada kerja di negara kita.

“Saya tidak mahu KL (Kuala Lumpur) jadi tempat longgokan (pekerja asing),” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (UMNO-Jempol) mengenai jaminan kerajaan bagi peluang pekerjaan kepada warga tempatan apabila tambahan kemasukan pekerja asing ke negara ini dalam masa terdekat.

Saravanan memaklumkan seramai 2,127,722 pekerja asing dijangka berada dalam negara untuk bekerja di pelbagai sektor dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.

Jumlah berkenaan termasuk 1,244,400 jumlah pekerja asing yang kini berada dalam negara; 238,943 yang diluluskan eVDR (Visa Dengan Rujukan) dan 644,379 yang sedang menjalani pemeriksaan biometrik dan medikal di negara-negara sumber.

“Ini jumlah besar. Kita tidak pernah berada dalam kedudukan ini. Sebelum COVID-19  1.8 juta (jumlah pekerja asing), kita lihat hari ini kita dah lebih 300,000 orang (berbanding sebelum ini).

“Maka selepas segala permohonan ini, sebagai menteri saya perlu kaji secara mendalam sama ada perlu atau tidak (lulus permohonan baharu pekerja asing),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad