web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakar Asing Untuk Kerja Kritikal Boleh Guna Pas Lawatan Sosial - Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 1:00PM

Khairul Dzaimee Daud berkata pakar-pakar asing ini diperlukan segera supaya operasi dan produktiviti syarikat tidak terjejas serta kepentingan negara sentiasa terpelihara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga kerja pakar asing yang diperlukan segera bagi melaksanakan kerja kritikal dan kecemasan boleh memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) atau PLS@XPATS, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata majikan boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan https://mtp.imi.gov.my/plsXpats dan kelulusan akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja manakala warganegara asing yang memerlukan visa boleh membuat permohonan secara dalam talian.

“Melalui kemudahan masuk baharu itu, pemohon dibenarkan berada di negara ini selama 30 hari bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan dan kritikal dijalankan segera.

“Imigresen memperkenalkan kemudahan berkenaan berikutan terdapat keperluan dalam kalangan syarikat tempatan dan antarabangsa yang memerlukan kepakaran asing bagi melaksanakan kerja kritikal antaranya seperti membaiki mesin, janakuasa elektrik, kerja testing and commissioning sebelum aset dan kemudahan berkenaan boleh dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata pakar-pakar asing ini diperlukan segera supaya operasi dan produktiviti syarikat tidak terjejas serta kepentingan negara sentiasa terpelihara. 

Menurutnya, industri tempatan dan pihak berkepentingan boleh menghantar e-mel kepada [email protected]. untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad