web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Syarat Kelayakan Pengundi Pos Luar Negara Dimansuh Galak Peratusan Keluar Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 9:27AM

Permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C kini boleh dibuat secara atas talian apabila permohonan dibuka SPR - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebagai langkah penambahbaikan bagi memastikan kadar peratusan keluar mengundi adalah tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, syarat itu mencakupi pengundi bermastautin di luar negara, kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei serta Kalimantan, Indonesia.

Katanya, syarat itu juga ditetapkan untuk individu pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun, sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri berkuat kuasa.

“Dengan pemansuhan syarat ini, warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan merupakan pemilih berdaftar adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos.

“Permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C kini boleh dibuat secara atas talian apabila permohonan dibuka SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan dikemukakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 yang meminta pihak kerajaan, menyatakan apakah penambahbaikan akan dilaksanakan SPR untuk memastikan peratusan keluar pengundi tinggi pada PRU-15.

Wan Junaidi berkata, SPR juga akan memanjangkan tempoh masa pengundian selama satu jam, iaitu bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang bagi Semenanjung serta 7.30 pagi hingga 5.30 petang untuk Sabah dan Sarawak, berbanding pada PRU Ke-14, iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Pemanjangan tempoh masa ini, katanya, dapat memberi waktu mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi.

Menjawab pertanya Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mengenai usaha SPR dalam menjamin ketelusan proses mengundi pada setiap pilihan raya dan mengelak penyelewengan ketika proses pengundian, Wan Junaidi memaklumkan, SPR sudah melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi memastikan ia lebih efisyen, adil serta telus.

Beliau berkata, antara penambahbaikan itu adalah mewujudkan saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) saluran 1 dan 2 di pusat mengundi yang dihadkan kepada 450 orang.

“Berikutan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR juga mengambil inisiatif untuk menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada.

“Ini bertujuan bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, SPR dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), memandang serius kesalahan serta pelanggaran undang-undang pilihan raya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas tempoh berkempen oleh mana-mana parti politik atau calon.

“Sebarang aduan kesalahan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya, sewajarnya diajukan kepada pihak SPRM dan PDRM untuk tindakan susulan,” katanya. – Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad