web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Kontrak Pembersihan Sekolah, Hospital Tidak Akan Diserap Sebagai Kakitangan Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 9:22AM

Kerajaan tidak berhasrat untuk menyerap pekerja kontrak ini ke dalam perkhidmatan awam memandangkan mereka adalah pekerja swasta - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat menyerap pekerja kontrak pembersihan sekolah dan hospital ke dalam perkhidmatan awam, memandangkan golongan berkenaan adalah kakitangan swasta.

Ia dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam pada Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14.

Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang menjadikan pekerja kontrak pembersihan sekolah dan hospital sebagai kakitangan awam, sepertimana sebelum perkhidmatan pembersihan diswastakan.

“Pekerja kontrak dimaksudkan pihak Yang Berhormat (Kesavan) adalah pekerja diambil bekerja oleh syarikat swasta yang mendapat kontrak kerajaan untuk menjalankan atau memberikan perkhidmatan, seperti khidmat pembersihan serta kawalan keselamatan di premis kerajaan, iaitu di sekolah dan hospital.

“Sehubungan itu, kerajaan tidak berhasrat untuk menyerap pekerja kontrak ini ke dalam perkhidmatan awam memandangkan mereka adalah pekerja swasta,” katanya.

Isu membabitkan pekerja kontrak, termasuk di sekolah dan hospital sering dibangkitkan apabila golongan itu didakwa berdepan ‘penindasan’ dan salah laku kontraktor yang tidak mematuhi undang-undang buruh, termasuk pemotongan gaji.

Nasib pekerja itu juga dikatakan masih belum menerima pembelaan apabila ‘suara’ mereka tidak didengar sewajarnya,

Terdahulu, Getaran melaporkan, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) kesal apabila nasib dan tuntutan pekerja kontrak seperti diperjuangkan mereka selama ini, tidak disentuh dalam Bajet 2022 yang dibentangkan tahun lalu.

Jurucakap JPKK berkata, pembentangan itu gagal menghargai jasa golongan tersebut dalam kalangan kakitangan barisan hadapan, seperti pekerja pembersihan, tukang kebun, petugas keselamatan di hospital dan sekolah serta doktor kontrak.

Jelasnya, walaupun bekerja dalam ancaman pandemik COVID-19 sebagai pekerja barisan hadapan yang terdedah kepada penyakit dan sisa operasi, jasa mereka tidak dihargai, malah keadaan persekitarannya terus terabai umpama sistem ‘perhambaan moden’.

Menurut beliau, sejak perkhidmatan pembersihan dan keselamatan diswastakan pada tahun 1997, golongan itu menjadi pekerja kontrak yang hilang jaminan pekerjaan serta kenaikan gaji tahunan.

Katanya, pekerja kontrak terus dimangsakan di bawah kontraktor swasta yang bertukar setiap dua hingga lima tahun.

Lebih menyedihkan, jelasnya, ramai pekerja kontrak itu yang bekerja sehingga dua dekad di bangunan sama, tetapi masih dihantui ancaman diberhentikan kerja di akhir kontrak. – Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad