web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera Rakan Bapa, Pembantu Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:01AM

Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun maut dipercayai didera rakan lelaki bapa dan pembantu rumah warga asing di sebuah rumah di Taman Skudai Johor Bahru semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun sembilan bulan maut dipercayai didera rakan bapa dan pembantu rumah warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Ria 2, Taman Skudai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejadian berlaku di rumah rakan lelaki bapa mangsa berusia 28 tahun, manakala pembantu rumah wanita warga Indonesia berusia 40 tahun.

Beliau berkata bapa mangsa meminta bantuan daripada suspek lelaki yang merupakan seorang jurujual untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.

“Bapa mangsa yang bekerja di Singapura dan ibu bekerja di Yong Peng telah meninggalkan dua anak mereka di rumah rakan dengan bayaran RM2,800 sebulan sejak tiga bulan lepas.

“Hasil siasatan awal, kita dapati terdapat beberapa kecederaan di badan mangsa, begitu juga lebam dan sedikit luka, bagaimanapun, kita tunggu laporan menyeluruh selepas bedah siasat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, malam semalam.

Menurutnya, suspek lelaki itu, yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, dan pembantu rumah itu telah ditahan di lokasi kejadian pada tengah hari tadi.

“Dalam kes ini, kita akan dapatkan keterangan daripada beberapa pihak dengan turut dibantu oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian," katanya sambil menambah waktu kejadian masih dalam siasatan.

Kamarul Zaman menjelaskan adik mangsa yang berusia setahun dan belum dipastikan jantinanya bagaimanapun, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat, manakala permohonan reman kedua-dua individu itu akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek