web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Halang Rakyat Malaysia Kerja Di Kemboja Sehingga Sindiket Dibanteras

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:19PM

Steven berkata, nyawa rakyat tidak harus diperjudikan sekiranya kerajaan Kemboja tidak mampu memberi jaminan perlindungan terhadap pekerja Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menghalang rakyat Malaysia bekerja di Kemboja sehingga sindiket penipuan pekerjaan di negara terbabit dibanteras sepenuhnya.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, nyawa rakyat tidak harus diperjudikan sekiranya kerajaan Kemboja tidak mampu memberi jaminan perlindungan dan keselamatan terhadap pekerja Malaysia ketika berada di negara itu.

Beliau bagaimanapun memuji kejayaan pihak berkuasa menyelamatkan seramai 261 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja baru-baru ini.

“Namun, kes penipuan pekerjaan kini berada di tahap krisis dan melibatkan bidang kuasa yang lebih besar daripada pihak Kementerian Luar Negeri semata-mata.

“Tambahan, angka yang diuar-uarkan setakat ini hanya sebahagian kecil daripada jumlah sebenar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau turut mengesyorkan kerajaan agar menubuhkan satu mekanisme khas untuk memberi sokongan kepada keluarga dan juga mangsa terlibat.

Katanya, ini kerana ahli keluarga dan mangsa sendiri tidak tahu di mana dan bagaimana mereka boleh mendapatkan pertolongan.

“Apabila mereka membuat laporan polis, ada kalanya mereka diberitahu bahawa polis tidak mempunyai kuasa untuk bertindak di luar negara.

“Jika mereka berjaya melarikan diri di Kemboja, mereka selalunya tidak mempunyai dana untuk membiayai kehidupan harian sehingga dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya.

Malah beliau berkata, ada juga di kalangan rakyat Malaysia mungkin dikenakan tindakan imigresen di luar negara walaupun mereka sendiri menjadi mangsa.

Menurut Steven yang juga Setiausaha Organisasi DAP, pihak polis juga harus mengambil tindakan tegas terhadap ejen tempatan terlibat.

“Dalam pada itu, tindakan harus diambil terhadap pengiklan pekerjaan yang memaparkan iklan berupa penipuan pekerjaan.

“Adalah menjadi tanggungjawab pengiklan pekerjaan sama ada individu ataupun syarikat pengiklanan untuk memastikan iklan pekerjaan yang dipaparkan adalah sah.

“Pengiklan penipuan pekerjaan harus dianggap sebagai terlibat sama dalam sindiket penipuan pekerjaan dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sudah tiba masanya ASEAN mengambil tindakan lebih serius memerangi sindiket pemerdagangan manusia.

Ujarnya, Malaysia harus memimpin negara di peringkat ASEAN bagi mewujudkan kerjasama serantau dalam memerangi sindiket tersebut.

“Rantau Asia Tenggara telah disenarai hitam sebagai wilayah pemerdagangan manusia.

“Perniagaan dan produk negara terlibat termasuk Malaysia sudah pun dikenakan sekatan sebelum ini dan jika jenayah pemerdagangan orang tidak dibanteras, perniagaan dan pelaburan rantau ini akan terjejas,” katanya. - Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek