web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Sebulat Suara Setuju Menghendap Jadi Kesalahan Jenayah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 6:00PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang berkaitan jenayah intip dan hendap dikenali sebagai ‘anti-stalking’ dengan undian sebulat suara selepas bacaan kali ketiga hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin membentangkan RUU untuk melakukan pindaan ke atas Kanun Keseksaan, dengan bacaan kali pertamanya dilakukan pada 4 Ogos lalu.

Pindaan itu bertujuan untuk memperkenalkan subseksyen baharu, iaitu 507A, kerana pada masa ini sukar untuk membuktikan perbuatan menghendap sebagai jenayah di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. 

Berdasarkan peruntukan yang dicadangkan, mana-mana individu yang berulang kali mengganggu orang lain dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu akan menimbulkan kesusahan, ketakutan, atau kecemasan kepada keselamatan mereka akan dianggap telah melakukan kesalahan menghendap.

Semasa bacaan kali kedua tadi, Mas Ermieyati berkata, jenayah menghendap bukan sahaja membantu pihak berkuasa membendung isu tersebut, malah menyelamatkan nyawa.

Menurut beliau, pindaan itu akan berfungsi sebagai satu bentuk pencegahan sebelum menghendap boleh berlaku dan mengurangkan risiko tindak balas agresif semasa melindungi mangsa.

Memetik data daripada kajian Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Mas Ermieyati berkata, kira-kira 36 peratus rakyat Malaysia telah dihendap dan berasa takut, manakala 12 peratus menerima ugutan dan 17 peratus lagi mengalami kecederaan akibat perbuatan tersebut.

“Kira-kira 69 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa menghendap adalah satu kesalahan jenayah.

"Kajian itu juga mendapati bahawa menghendap dan gangguan mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan mangsa dari segi ekonomi, sosial, rekreasi dan hal penjagaan kanak-kanak," katanya.

RUU itu menjelaskan tindakan gangguan termasuk mengikuti atau berkomunikasi dengan seseorang melalui apa jua cara, berlegar-legar di tempat kediaman atau perniagaan mana-mana individu dan memberi atau menghantar apa-apa kepada mangsa.

Ujar Mas Ermieyati lagi, menghendap secara dalam talian berulang kali akan dianggap sebagai jenayah di bawah pindaan itu kerana ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa. – The Vibes, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 41 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad