web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Cara Lama: Anwar Kritik Langkah Lemah Kerajaan Tangani Inflasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 3:36PM

Anwar berkata program menangani inflasi kerajaan sedia ada tidak berkesan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan program kerajaan sedia ada untuk menangani inflasi dan kenaikan harga barang tidak membantu rakyat.

Menurut beliau, melihat kepada krisis ekonomi hari ini, pendekatan lama kerajaan seperti menjalankan program Jualan Keluarga Malaysia dan subsidi minyak masak paket, sukar dilaksanakan.

“Masalah yang kita hadapi sekarang lebih rumit. Kita mempunyai tahap kemiskinan yang semakin meningkat bukan sahaja di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, malah golongan miskin bandar juga meningkat secara drastik.

“Ini adalah masalah rakyat sekarang … apa yang kerajaan lakukan untuk menangani masalah ini dengan berkesan?” soalnya.

Anwar berkata demikian selepas tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli-PN) mengenai statistik terkini golongan B40, M40 dan T20.

Mustapa berkata, kerajaan telah menjalankan program untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat, termasuk melibatkan pemberian kad bagi membeli barangan makanan berdiskaun.

Tambahnya, kerajaan akan menambah baik sistem penyampaian, dan telah melakukan yang terbaik untuk mengecilkan jurang (kemiskinan) antara bandar dan luar bandar, serta antara kumpulan pendapatan.

Terdahulu, Mustapa berkata, kadar inflasi di Malaysia meningkat daripada 4.4 peratus (Julai) kepada 4.7 peratus pada Ogos. - The Vibes, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Laut China Selatan: Malaysia Komited Penyelesaian Secara Aman

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRN 2023: Pembangkang 'Koyak' Dengan Kejayaan Kerajaan Perpaduan 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar