web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Ke Istana Negara Tidak Benar, ‘Tuanku Masih Di Singapura’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 11:45AM

Khabar angin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen, tidak benar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen, tidak benar.

Perkara itu dinafikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin yang memaklumkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di luar negara.

“Ia berita palsu. Tuanku masih berada di Singapura,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada portal berita FMT, hari ini.

Pada masa sama, sumber terdekat dengan Ismail Sabri turut memaklumkan kepada portal berkenaan bahawa perkara tersebut tidak berlaku hari ini.

Sumber berkata, jadual Perdana Menteri padat dengan pelbagai mesyuarat hari ini.

Malah katanya, Ismail juga tidak mempunyai mesyuarat yang dijadualkan di Istana Negara dalam masa terdekat.

Terdahulu, blogger dan aktivis, Datuk Zaharin Mohd Yasin menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa Ismail Sabri akan hadir ke Istana Negara hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen.

“Khabar cerita esok pagi (Isnin) Datuk Seri Ismail Sabri diiringi oleh Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen dibubarkan segera,” katanya.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Kerja (MKT) UMNO pada malam Jumaat lalu bersetuju memecat Zaharin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu diambil mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Zaharin sebelum ini lantang mengkritik beberapa pimpinan parti termasuk Presiden UMNO melalui media sosialnya secara terbuka.

Dalam mesyuarat sama, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan MKT UMNO membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Katanya, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad