Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


TNB Salur Elektrik Bervoltan Tinggi Untuk LRT Laluan Shah Alam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 7:03PM

Kerjasama ini bakal menyediakan bekalan elektrik berdaya harap serta stabil kepada bekalan rel sepanjang LRT Laluan Shah Alam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), bagi membekalkan elektrik bervoltan tinggi kepada tiga Stesen Suis Utama di sepanjang Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam.

Kerjasama itu akan bermula pada penghujung tahun 2022, sebelum LRT Laluan Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai LRT3 beroperasi dan dibuka kepada orang ramai menjelang tahun 2025.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, sebagai rakan kongsi dalam pembekalan tenaga elektrik, TNB bersedia memberi kerjasama kepada Prasarana bagi membangunkan lagi industri pengangkutan di Malaysia, terutama untuk menyediakan bekalan elektrik berdaya harap serta stabil kepada bekalan rel sepanjang LRT Laluan Shah Alam.

“TNB beriltizam untuk menyegerakan peralihan tenaga yang merangkumi usaha meningkatkan nilai perusahaan portfolio penjanaan, memperluas fokus pasaran untuk mengembangkan portfolio Tenaga Boleh Baharu (TBB), pelaburan untuk Grid Masa Depan dan pembangunan ekosistem Kenderaan Elektrik (EV),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Perjanjian Pembekalan Elektrik (Electricity Supply Agreement, ESA), baru-baru ini.

Perjanjian kerjasama itu diserahkan Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi & Pembangunan) Prasarana, Dr Prodyut Dutt.

Acara penyerahan itu disaksikan Baharin Din serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin.

Husaini berkata, TNB sudah memulakan kerja asas projek itu di ketiga-tiga tapak kerja stesen suis utama dengan bekalan elektrik bervoltan tinggi 132kV.

“Bersama-sama dengan Prasarana yang menerajui transformasi sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia, kami berpotensi mempercepatkan agenda kelestarian negara serta memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG), sambil memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azharuddin berkata, hubungan rapat dikecapi serta kepakaran dan kemampuan TNB dalam menyalurkan bekalan elektrik berdaya harap, amat kritikal bagi memastikan Prasarana mampu melaksanakan mandat pengangkutan awam organisasi tersebut.

“Projek LRT Laluan Shah Alam adalah sebahagian daripada Pelan Bersepadu Pengangkutan Awam untuk Greater Klang Valley dan Prasarana diberi mandat bagi memberi kemudahan, selain mengetengah serta menerapkan sistem pengangkutan awam darat terancang, selamat, responsif, efisien dan mampan,” katanya.

Jajaran LRT Laluan Shah Alam yang menjangkau 37.8 kilometer (km) menyasarkan jaringan perhubungan untuk dua juta penduduk di Koridor Barat Lembah Klang, iaitu dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang.

Ia melalui tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sejumlah 20 buah stesen, termasuk dua stesen integrasi transit aliran massa (MRT) Laluan Sungai Buloh – Kajang di Bandar Utama serta stesen integrasi LRT Kelana Jaya di Stesen Glenmarie 2, merangkumi jajaran ini.

Projek itu juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan secara sepenuh masa kepada lebih 5,900 orang pekerja

“Projek LRT Laluan Shah Alam ini jelas adalah sebuah projek amat bermakna dan ianya tidak mungkin mampu menjadi kenyataan tanpa kerjasama serta sokongan penuh diberikan pihak TNB,” jelas Mohd Azharuddin.

Sejak 1996, TNB menyediakan bekalan elektrik bervoltan tinggi kepada Prasarana untuk LRT 1 (Laluan Ampang & Sri Petaling) sepanjang 45 km dengan bekalan 29.32MW, LRT 2 atau Laluan Kelana Jaya (46.4 km, 58.35MW) sejak 1997, dan Monorel (8.6 km, 7.16MW) sejak 2001.

Sejak 2016 pula, TNB menyediakan bekalan elektrik kepada MRT 1 atau Laluan Kajang sepanjang 51 km untuk bekalan elektrik 80.6MW, manakala MRT 2 atau Laluan Putrajaya (57.7 km, 36.81MW) sejak 2019.

TNB akan menyediakan bekalan kepada LRT Laluan Shah Alam dari Bandar Utama–Johan Setia (37 km, 52.06MW) menjelang tahun ini. – Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 minggu yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan