Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Laporan Akhir Semakan Semula Kes Pulau Batu Puteh Dibentang 7 Oktober

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 2:40PM

Pulau Batu Puteh - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan akhir Pasukan Petugas Khas (PPK) yang mengandungi beberapa syor mengenai hala tuju kerajaan berhubung semakan undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 7 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi menghasilkan laporan itu, pelbagai pendekatan dilaksanakan pasukan terbabit, seperti meneliti serta menyemak dokumentasi dan material berkaitan, mengadakan siri perbincangan dan mesyuarat, selain lawatan kerja dalam serta luar negara.

Katanya, ia juga membabitkan khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juruhidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu dikenal pasti.

“Laporan ini juga membuktikan kerajaan komited untuk memastikan kedaulatan dan persempadanan maritim negara sentiasa terjamin serta menjadi keutamaan.

“Penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan (Pulau) Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dipengerusikan mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepanjang hampir sembilan bulan mulai 9 November 2021 hingga 30 Ogos lalu adalah bukti jelas komitmen tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, PPK yang terdiri daripada peguam tempatan mengendalikan kes ini pada tahun 2016 hingga 2017, dua pengamal undang-undang, pakar pengukuran maritim dan wakil kementerian serta jabatan berkepentingan, sudah selesai melaksanakan tugasan diamanahkan.

“(Ia dilaksanakan) berdasarkan terma rujukan yang ditetapkan memfokus kepada aspek perundangan dan hubungan Malaysia serta Singapura,” katanya.

Kemelut perebutan hak serta kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh yang terletak antara Malaysia dan Singapura selama beberapa tahun, membawa isu itu diadili Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Selepas dibicarakan, pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura memiliki hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala pemilikan Batuan Tengah yang terletak hanya kira-kira 600 meter dari pulau itu diserahkan kepada Malaysia.

Hak milik Tubir Selatan yang berlokasi kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh pula akan ditetapkan mengikut persempadanan negara menguasainya.

Keputusan itu membuatkan Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan 30 Jun 2017 untuk memohon supaya ICJ mentafsirkan semula penghakiman berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Permohonan semakan tersebut difailkan berdasarkan penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting yang menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura, tidak pernah menganggap mereka memperoleh kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh daripada Johor. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengalaman Luas Layakkan Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan