web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan B40 Meningkat, Bajet 2023 Perlukan Pembaharuan Bukan Gula-Gula PRU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 11:30AM

Dengan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, Kamal Salih berkata, kerajaan perlu mengambil peluang untuk menangani isu asas ekonomi, walaupun tekanan politik dan desakan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal - Tangkapan layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Peningkatan kumpulan B40 atau rakyat Malaysia di bawah 40 peratus pendapatan isi rumah, adalah petanda bahawa ekonomi memerlukan pembaharuan walaupun mempunyai angka memberangsangkan di atas kertas, kata pakar ekonomi veteran, Tan Sri Kamal Salih.

Bercakap kepada The Vibes di sini, beliau berkata, wabak COVID-19 telah menyumbang kepada peningkatan bilangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dan mereka kini telah mengubah takrifan konvensional B40 di negara membangun seperti Malaysia.

B40 kini sepatutnya dikenali sebagai B60, kata Kamal, memandangkan isi rumah kelas pertengahan dahulunya telah ‘tergelincir’ akibat tekanan ekonomi yang berpunca daripada perintah lockdown dan kemungkinan menghadapi kemelesetan global.

“B20 sebenarnya adalah kelas pertengahan baharu, manakala golongan miskin harus dipanggil L20 (terendah 20 peratus), manakala hanya 10 peratus daripada penduduk negara boleh dianggap berada,” kata Pengasas Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia itu.

Dengan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil peluang untuk menangani isu asas ekonomi, walaupun tekanan politik dan desakan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal.

Menurut beliau, mungkin ramai menjangkakan bajet tersebut adalah sesuatu yang baik untuk memikat pengundi tetapi Putrajaya mesti bersungguh-sungguh membuat pembaharuan ketara dalam menangani hutang fiskal dan produktiviti rendah, kerana ini yang menjejaskan sentimen terhadap ringgit, paras terendah dalam 24 tahun, baru-baru ini.

Walaupun pemimpin kerajaan pantas mengatakan bahawa mata wang yang lemah berbanding dolar AS juga berlaku kepada negara lain dan pertumbuhan Malaysia kekal di landasannya meskipun ada halangan luar, Kamal berkata, masih terdapat isu yang belum ditangani Putrajaya dengan baik.

"Lihat halaman belakang kita sendiri, hutang awam kita yang semakin meningkat, (kekurangan) modal insan dan tahap produktiviti kita,” katanya.

Kamal berkata, Malaysia bukan sahaja harus menyalahkan kejatuhan ringgit disebabkan kenaikan kadar faedah AS, atau gangguan kepada rantaian bekalan global dan kebimbangan inflasi, tetapi mula melihat kepada "faktor tempatan" yang serius dan menerima pakai pandangan yang lebih holistik terhadap ekonomi - Gambar Bernama
Kamal berkata, Malaysia bukan sahaja harus menyalahkan kejatuhan ringgit disebabkan kenaikan kadar faedah AS, atau gangguan kepada rantaian bekalan global dan kebimbangan inflasi, tetapi mula melihat kepada "faktor tempatan" yang serius dan menerima pakai pandangan yang lebih holistik terhadap ekonomi - Gambar Bernama

Beliau menambah ahli ekonomi telah menyedari bahawa sementara ekonomi Malaysia berkembang, pertumbuhannya juga harus disertai dengan pembaharuan.

“Pertumbuhan dan pembaharuan mesti berjalan seiring jika Malaysia mahu mencatatkan bukan sahaja pertumbuhan di atas kertas tetapi pembangunan bermakna dalam ekonomi,” katanya.

Katanya, kekurangan pembangunan bermakna, walaupun angka makroekonomi yang baik di atas kertas, telah menyebabkan lebih ramai penduduk tergelincir ke dalam kategori B60. 

 

Beri perhatian kepada isu sebenar

Susulan itu, Kamal berkata, Malaysia bukan sahaja harus menyalahkan kejatuhan ringgit disebabkan kenaikan kadar faedah AS, atau gangguan kepada rantaian bekalan global dan kebimbangan inflasi, tetapi mula melihat kepada "faktor tempatan" yang serius dan menerima pakai pandangan yang lebih holistik terhadap ekonomi.

“Lihat dasar fiskal dan pendedahannya kepada perkhidmatan awam yang sedang berkembang kira-kira 1.8 juta kakitangan. Kemudian, hutang isi rumah awam-swasta dan pertumbuhan lembap dalam ekonomi sebenar, walaupun angka yang mengagumkan di atas kertas.

“Kita juga mempunyai jurang hutang awam kira-kira RM30 bilion.

“Kutipan hasil juga ‘disenyapkan’ kerana penarikan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang lebih komprehensif dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), jadi keupayaan kerajaan untuk berbelanja dengan cekap juga dipengaruhi oleh hasil yang terhad,” katanya.

Beliau berkata, tanpa dana signifikan diperlukan untuk menyokong ekonomi serta perbelanjaan besar dalam penjagaan kesihatan awam untuk memerangi COVID-19, kekurangan hasil akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi.

Walaupun tiada penyelesaian mudah kepada pelbagai isu melanda ekonomi, Kamal berkata, satu kepastian ialah keperluan untuk kumpulan pemimpin yang berpengetahuan luas.

“Kita memerlukan iltizam politik yang kuat untuk menangani isu ekonomi. Lagipun, beberapa dasar ekonomi kita diganggu oleh ahli politik kita sendiri. Mereka perlu sedar pembaharuan amat penting.” – The Vibes, 2 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad