Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Zahid Mahu Jumpa PM Selasa Ini? 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 9:04PM

Ahmad Zahid dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri, menerusi satu surat yang tular di media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selasa nanti.

Pertemuan itu didedahkan satu surat yang tular di media sosial serta turut melibatkan semua Ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu antara lain menyebut, pertemuan berkenaan akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 2 petang.

"Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan khas bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan diadakan pada 4 Oktober 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC.

"Sehubungan dengan itu, semua Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian adalah dijemput hadir ke majlis tersebut,” kata Ahmad Maslan dalam surat jemputan berkenaan.

Perjumpaan terbabit dikatakan susulan kepada ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Lima pemimpin UMNO, termasuk Perdana Menteri dilihat telah mengadakan pertemuan petang semalam, sebelum disusuli mesyuarat penuh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada jam 8 malam. 

Foto Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, serta dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin turut berlegar di media sosial. 

Mahdzir juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri sudah menyatakan persetujuannya untuk PRU-15 diadakan tahun ini ketika pertemuan membabitkan lima kepemimpinan tertinggi atau 'Top 5' UMNO, semalam.

"Menerusi pertemuan semalam, kita berbincang mengenai perkara berkaitan PRU. Macam-macam isu dibangkitkan dari segi calonnya, duit, jentera dan macam-macamlah.

"Secara asasnya, Perdana Menteri juga sudah bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini. Cukuplah setakat ini saja komen saya," katanya.

Getaran cuba mendapatkan pengesahan daripada Ahmad namun sehingga kini Ahli Parlimen Pontian itu belum memberi sebarang maklum balas berkenaan perkara tersebut. - Getaran, 1 Oktober 2022. 
















 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 20 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi