web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Kumbang Sesat Masuk Rumah Penduduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 10:30PM

Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap selepas memasuki parkir sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pelangi Semenyih, Kajang, petang tadi. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ngauman seekor harimau kumbang dewasa di parkir sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pelangi Semenyih, Kajang, mengejutkan penghuninya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, penghuni kediaman tersebut yang juga seorang suri rumah, kemudian menjenguk ke luar melalui tingkap rumahnya sebelum melihat kelibat seekor haiwan besar berwarna hitam.

Difahamkan, haiwan tersebut menyorok di bawah meja yang terdapat di parkir rumah berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sebaik menerima panggilan daripada wanita itu, sekumpulan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, ketika tiba di lokasi, pihak bomba pada mulanya menyangka haiwan itu adalah anjing liar, namun apabila didekati ia cuba menerkam anggota bertugas.

“Menyedari situasi berbahaya itu, pihak bomba kemudian dibantu pihak polis dari Balai Polis Semenyih, membuat pengosongan di kawasan parkir dan memasang jaring khas.

“Pihak bomba turut menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang tiba pada jam 4.15 petang, sebelum kerja membidik ubat pelali dilakukan terhadap harimau kumbang tersebut,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Norazam berkata, haiwan dianggarkan seberat 45 kilogram itu, kemudian dimasukkan ke dalam sangkar khas yang dibawa pihak PERHILITAN untuk dipindahkan.

“Selepas menyedari tiada lagi punca yang mendatangkan bahaya di lokasi, haiwan berkenaan diserahkan kepada PERHILITAN,” katanya.

Difahamkan, haiwan liar terbabit datang dari kawasan hutan berhampiran yang terletak satu kilometer dari kawasan perumahan berkenaan. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad