web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Hukuman Penjarakan Sean Tindakan Melampau, Malaysia Mesti Tolak Kekejaman Tentera Myanmar'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 8:46PM

Gambar yang dirakamkan pada 28 Julai 2021 oleh Agensi Berita Myanmar (MNA) menunjukkan Sean Turnell menerima vaksin COVID-19 di penjara Yangon. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia digesa menolak sekerasnya kekejaman tentera Myanmar, termasuk tindakan melampau dikenakan pihak terbabit terhadap pemimpin, orang kanan dan rakyat negara berkenaan.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya mendesak Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuk pemenjaraan beberapa aktivitis demokrasi Myanmar, iaitu sebahagian negara ASEAN.

“Beliau (Saifuddin) juga didesak untuk mengambil tindakan diplomatik lebih setimpal, sekiranya pimpinan negara tersebut tidak menghentikan tindakan yang tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Pergolakan di Myanmar hanyalah akan mendatangkan krisis kemanusiaan yang lebih dahsyat sekiranya negara tersebut tidak pulang ke landasan demokrasi berpaksikan undang-undang hak asasi dan ‘rule of law’ (peraturan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin - Gambar fail
Shamsul Iskandar Mohd Akin - Gambar fail

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, Biro Antarabangsa PKR juga mengecam keputusan mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap rakyat Australia, Dr Sean Turnell, seorang pakar ekonomi dan penasihat kepada Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi.

Katanya, Dr Sean Turnell bertugas sebagai penasihat ekonomi kepada Suu Kyi yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan, selepas berpindah ke negara tersebut pada tahun 2017.

Beliau berkata, Sean banyak memberikan cadangan polisi pemulihan ekonomi kepada kerajaan pimpinan NLD yang berlunaskan prinsip reformasi untuk membawa perubahan baharu kepada negara sudah lama terkait rapat dengan amalan korupsi, penyeludupan manusia dan perdagangan haram.

“Keputusan mahkamah ini dijatuhkan di bawah perbicaraan yang dilakukan secara rahsia setelah Dr Sean Turnell ditangkap dan dipenjara selama 19 bulan, selepas dituduh atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act) di Myanmar.

“Mahkamah negara tersebut juga menjatuhkan hukuman penjara terhadap Aung San Suu Kyi di bawah akta sama pada awal September lalu dan kini masih dipenjarakan di Yangon, setelah ditempatkan di lokasi rahsia sejak rampasan kuasa berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Shamsul Iskandar berkata, Biro Antarabangsa PKR mengambil maklum bahawa Sean tidak mendapat apa-apa bantuan guaman dan konsular dari kerajaan Australia sejak beliau dipenjarakan kerajaan di bawah pimpinan ketua junta.

“Situasi di Myanmar setelah rampasan kuasa pada tahun 2021 ini hanya membawa kesusahan kepada rakyatnya dan tidak langsung memberi penekanan untuk memperbaiki krisis kemanusiaan di Rakhine,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai krisis Rohingya, beliau berkata, kedudukan diambil Aung San Suu Kyi tidak memadai, malah lebih teruk apabila tentera Myanmar merampas kerajaan demokrasi dipilih rakyat Myanmar.

“Biro Antarabangsa PKR menggesa badan kehakiman Myanmar agar menjalankan perbicaraan adil terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhannya baru-baru ini dan tidak dinilai sebagai tahanan politik,” katanya. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad