web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan Waris Kesultanan Sulu: Kerajaan Yakin Keputusan Prosiding Mahkamah Menyebelahi Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 6:49PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Percubaan terkini waris Kesultanan Sulu merampas aset didakwa milik kerajaan Malaysia di Belanda, disifatkan sebagai tindakan mengambil kesempatan yang bertentangan serta melanggar peraturan timbang tara, selain tidak mengikut norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, aset PETRONAS bukan milik kerajaan Malaysia dan permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset tersebut, dianggap pencabulan proses mahkamah.

Katanya, kerajaan Malaysia tetap dengan pendirian bahawa perintah dikeluarkan Mahkamah di Paris pada Februari lalu, tidak teratur dan tidak mengikut lunas undang-undang.

“Tambahan pula, perintah diperoleh sekiranya dikuatkuasa, boleh mengakibatkan ketidakadilan dan implikasi serius kepada kestabilan negara lain.

“Perintah dikeluarkan penimbang tara adalah tidak sah dan tidak mengikut norma atas beberapa sebab tertentu.

“Sebagai contoh, tindakan mengalihkan proses pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah diperoleh daripada Sepanyol ke Perancis, walaupun Mahkamah Agung Madrid mengisytiharkan pembatalan pelantikan penimbang tara serta prosiding susulan timbang tara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan media berhubung tindakan terkini pihak mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang sudah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (Final Award) di Mahkamah Belanda terhadap aset Malaysia di sana, termasuk rangkaian aset milik PETRONAS, semalam.

Wan Junaidi berkata, sebagai respon terhadap tindakan pihak tersebut, Malaysia meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengetepikan serta membatalkan perintah berkaitan. 

Tegasnya, kerajaan yakin bahawa penyelesaian prosiding mahkamah tersebut akan menyebelahi Malaysia.

“Selanjutnya, kerajaan sudah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengetepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu.

“Dalam masa sama, kerajaan melaksanakan tindakan perundangan serupa di Luxembourg dan akan mengambil langkah terbabit di Belanda untuk mengetepikan serta menghalang sebarang percubaan oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu, bagi menguatkuasakan dan memperoleh faedah daripada perintah dikeluarkan mahkamah,” katanya.

Jelasnya, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara.

Terdahulu, media melaporkan waris Kesultanan Sulu mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Rayuan di The Hague sebagai satu lagi tindakan perundangan susulan terhadap Malaysia, selepas cuba merampas aset milik Petronas di Azerbaijan.

Menerusi laporan itu, waris kepada Kesultanan Sulu meminta kebenaran daripada mahkamah di Belanda untuk merampas aset dimiliki Malaysia di negara Eropah itu, seperti dinyatakan peguam mereka.

Sebelum itu, negara dikejutkan dengan laporan aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan cuba dirampas kumpulan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu sebahagian tindakan undang-undang dikemukakan pada tahun 2017 oleh pihak terbabit, bagi mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan kumpulan Sulu dan tidak pernah mengenepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Dalam pada itu, kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu Terhadap Kerajaan Malaysia yang antara lain membincangkan berkaitan tindakan undang-undang sudah diambil kerajaan Malaysia di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan itu. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad