web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Malaysia Mohon Lucut Hak Wang, Kereta Dan Hartanah Bekas Pengarah Eksekutif 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Sep 2022 4:08PM

Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah kereta dan juga hartanah daripada bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee.

Wang tunai berjumlah RM156,500 itu terdiri daripada baki akaun simpanan dan semasa Casey Tang di empat bank iaitu RM89,300 di Maybank Islamic Berhad; RM13,000 di CIMB Bank Berhad; RM600 di RHB Bank Berhad; dan RM53,600 di AmBank Berhad.

Kenderaan itu pula ialah Subaru XV2.01 yang dirampas pada Januari 2021, dan kerajaan juga sedang berusaha untuk merampas sebuah banglo di Bandar Kinrara dan sebuah lot kedai di Bandar Puchong Jaya.

Kerajaan memfailkan saman pelucutan hak terhadap Casey Tang pada November 2021, mengikut Subseksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Casey Tang disenaraikan sebagai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan lokasinya ketika ini tidak diketahui.

Notis dalam warta itu dikeluarkan pada 1 Ogos lepas, yang mempelawa mana-mana pihak ketiga untuk hadir sendiri atau diwakili peguam bagi mencabar tindakan pelucutan hak sebelum perbicaraan.

Ini bagi membolehkan pihak ketiga mengemukakan tunjuk sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucut hak oleh kerajaan.

Apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini, timbalan pendakwa raya Noor Zalizan Lazarous memaklumkan kepada mahkamah bahawa responden (Casey Tang) tidak diwakili.

Pada ketika ini peguam Muhamad Al-Muazzim Azmi Amin berdiri dan berkata bahawa anak guamnya iaitu, Maybank Islamic, sedang berusaha untuk menuntut sebahagian daripada aset yang disasarkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Oktober ini untuk sebutan seterusnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar