web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Kabinet Tertakluk Dasar Tak Terima Pemberian?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 2:05PM

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada Kabinet dibenarkan menerima hadiah tanpa kira nilainya dari mana-mana individu dan syarikat. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adakah Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tertakluk kepada dasar tidak menerima apa-apa jenis pemberian bernilai lebih dari RM500, soal Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. 

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah memulakan dasar tersebut bagi memastikan penjawat awam, termasuk menteri tidak ‘menjinakkan’ kegiatan rasuah.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dilapor sedang merangka pindaan berkenaan isu penerimaan dan pemberian hadiah kepada penjawat awam, selain kebanyakan agensi kerajaan mempunyai peraturan sedia ada untuk meneruskan dasar terbabit. 

“Bagaimanakah perincian bagi pihak menteri beliau di dalam isu penerimaan dan pemberian hadiah ini? 

“Apakah mereka dibenarkan menerima hadiah tanpa kira nilainya dari mana-mana individu dan syarikat?,” soalnya menerusi kenyataan. 

Beliau menambah, peraturan itu perlu diuar-uarkan kepada umum memandangkan isu berkenaan adalah isu berkepentingan awam dan harus dipandang serius. 

Dengan cara seumpama itu, jelasnya, orang ramai sedar mengenai kepentingan untuk tidak memberi apa-apa jenis hadiah kepada penjawat awam, terutama dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi di Kabinet.

“Kes rasuah di negara kita semakin menjadi-jadi. Perdana Menteri perlu ada pelan jelas untuk menangani rasuah yang sedang berlaku. 

“Selain dari isu dibincangkan, apakah langkah jangka panjang yang dirangka bagi memastikan kemantapan integriti pentadbiran negara?” katanya. 

Beliau turut menarik perhatian berhubung dakwaan peguam mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah berkenaan pemberian jam tangan mewah oleh beberapa taikun terkenal. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad