web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Ismail Sabri Kotakan Kata Angkat Bahasa Melayu Ke Peringkat Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 12:09PM

Pada UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu - kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan tahunan itu - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  telah mengotakan kata untuk mengangkat bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa apabila menyuarakan pelbagai isu antarabangsa pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 dalam bahasa Melayu, kata tokoh bahasa.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata Ismail Sabri bukan sahaja mengangkat bahasa Melayu di peringkat ASEAN bahkan ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu pertemuan diplomatik terbesar di peringkat dunia.

Pada UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu - kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan tahunan itu.

Semasa di UNGA, Ismail Sabri menyentuh pelbagai isu antarabangsa antaranya konflik di Ukraine, isu Myanmar dan Palestin serta sekuriti makanan dan perubahan iklim.

"Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu sesudah kita menunggu 65 tahun sesudah kemerdekaan dan sejak Malaysia atau Tanah Melayu menjadi anggota PBB," kata Awang Sariyan.

Pada zaman lampau, beliau berkata bahasa Melayu diiktiraf di seluruh dunia dan buktinya masih terdapat banyak warkah atau surat serta perjanjian perdagangan dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi, yang membuktikan bahasa Melayu diterima oleh Belanda, Sepanyol, Portugal, Inggeris, Parsi, Arab dan India.

"Bahasa Inggeris penting tapi bahasa negara itu lebih penting kerana itu soal perpaduan, jati diri kita dan kebanggaan kita," kata Awang Sariyan yang mempunyai pengalaman bertugas di luar negara seperti di China dan Jerman, yang mementingkan bahasa negara masing-masing.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Mohd Imran Tamrin berkata di UNGA, Ismail Sabri membuat penampilan yang membawa mesej yang sangat jelas dan identiti Malaysia dengan mengenakan berpakaian kebangsaan serta menyampaikan ucapan tersebut dalam bahasa Melayu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana membawa suara rakyat Malaysia secara konsisten dalam isu Palestin, ketegangan Palestin dan Israel. 

Bagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Balqis Amal, beliau menyifatkan ucapan penuh Perdana Menteri dalam bahasa Melayu adalah satu kebanggaan dan jelas membawa mesej bahasa Melayu mampu ke pentas dunia.

“Jangan kita lupakan bahasa Melayu juga merupakan sebagai bahasa terbesar di Malaysia dan menjadi bahasa kebanggaan kita untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam