web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Perkecil Perasaan Anak, Fahami Minat Mereka – Syed Saddiq, Hannah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 11:54AM

Syed Sadiq dan Hannah Yeoh menarik perhatian warga Twitter apabila memberi nasihat kepada ibu bapa mengenai minat anak-anak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menarik perhatian warga Twitter apabila tampil menerusi video untuk memberi nasihat kepada ibu bapa supaya jangan meminggirkan minat anak masing-masing, sebaliknya menjadi ‘penyokong nombor satu’ mereka.

Menerusi video berdurasi 1 minit 43 saat itu, Hannah bertanya kepada Syed Saddiq adakah pemimpin muda berkenaan meminati Black Pink apabila melihat beliau sedang melayari persembahan kumpulan artis wanita dari Korea Selatan itu melalui komputer ribanya.

“Of course, they’re amazing (sudah tentu, mereka mengagumkan),” jawab Ahli Parlimen Muar itu.

Syed Saddiq kemudian bertanya kepada Hannah apakah aliran muzik pop Korea (K-pop) digemarinya dari negara berkenaan.

“I like BTS (saya suka BTS),” kata Hannah sebelum Syed Saddiq seolah-olah terkejut dengan jawapan itu.

“Huh, you know (anda tahu) BTS, aunty (makcik) pun boleh tahu BTS huh, how do you know (bagaimana awak tahu),” gurau Syed Saddiq sebelum Hannah memaklumkan sudah tentu kerana anak perempuannya meminati kumpulan itu.

“Eh awak tak marah eh your daughters suka BTS. Awak benarkan anak awak ada semua barang cenderahati BTS, anda tak bakar?,” soal Syed Saddiq.

“No (tidak) lah, marah buat apa,” kata Hannah.

Malah, pemimpin wanita itu memaklumkan beliau membelikan poster, beg, baju dan poskad BTS untuk anaknya.

Kemudian Hannah dan Syed Saddiq memberikan tiga nasihat untuk ibu bapa berhubung minat ditunjukkan anak, termasuk berkaitan seseorang atau sesebuah kumpulan selebriti.

Hannah berkata, pertama ibu bapa mesti sentiasa menyokong minat anak.

“Fahami kenapa mereka suka selebriti ataupun pemain bola sepak,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, ibu bapa jangan cepat menghukum, sebaliknya perlu banyak menasihati anak.

“Kalau benda buruk kita tolak tepi, tapi kalau benda baik, boleh kita terima, seperti BTS yang banyak membicarakan soal kesihatan mental,” katanya.

Perkara kedua, kata Hannah, ibu bapa jangan sesekali memperkecilkan perasaan anak.

Jika mereka berbuat demikian, jelasnya, anak akan mula berkongsi masalah dengan orang lain.

Malah, katanya, ibu bapa seharusnya menjadi tempat pertama anak meluahkan perasaan.

“So it’s best to do things together (adalah baik untuk melakukan minat bersama-sama), if your son loves to play football (jika anak anda suka bermain bola sepak), join (sertai mereka bermain football.

“Kalau anak suka menyanyi, kita menyanyi sama-sama. Kalau anak suka main DOTA, eSports, we play with them as well (kita bermain bersama mereka). Understand them not isolate them (fahami mereka bukan mengetepikan mereka),” kata Syed Saddiq.

Bagi perkara ketiga, Hannah berkata, ibu bapa perlu memahami minat anak dan jangan sesekali membuat perbandingan antara ‘zaman ibu bapa’ dengan ‘zaman anak’ kerana ia berbeza.

“Zaman saya NKOTB (New Kids on the Block), zaman anak saya BTS,” katanya.

Syed Saddiq pula berkata, jika di zaman dulu artis yang diminati adalah KRU, sekarang kumpulan muzik tempatan, Floor88 atau K-Clique menjadi selebriti kesukaan.

“Times and interest change, but the challenges still remain, so let’s address them (waktu dan minat berubah, tetapi cabarannya tetap kekal, jadi mari kita hadapi,” katanya.

Sebelum mengakhiri video, Hannah mengingatkan ibu bapa bahawa usia remaja amat penting dan anak sedang mengalami pembentukan identiti serta keyakinan diri.

Manakala, Syed Saddiq berkata, ibu bapa kena berada bersama dan membantu anak, bukan ‘meminggirkan’.

Video dimuat naik malam tadi itu, ditonton 37,500 pengguna Twitter serta menerima 730 tanda suka dan diulang ciap 273 kali setakat jam 12.05 tengah hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kisah seorang remaja yang kecewa dan mengalirkan air mata apabila mendapati koleksi barangan memaparkan artis kesayangannya, seperti buku jurnal dibuat sendiri, gambar dan poster dibakar ibu bapa tanpa pengetahuannya, sebaik dia pulang dari sekolah.

Kisah dipaparkan menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu menyaksikan remaja berkenaan mencari barangan terbabit di tempat pembakaran, namun hampir kesemuanya hangus.

Video itu berakhir dengan remaja terbabit mengambil beberapa barangan yang tidak terbakar sepenuhnya, seperti tin berbentuk empat segi yang mengandungi beberapa gambar artis Korea Selatan masuk ke dalam kenderaan.

Situasi itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat, termasuk netizen yang bersimpati, malah ada segelintir menyifatkan ibu bapa remaja terbabit tidak sewajarnya bertindak begitu kerana ia hanyalah minat. – Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad