web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Senarai TasteAtlas: Roti Canai Malaysia Nombor 1 Antara 50 ‘Street Food’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 9:31AM

Menerusi catatan di Facebook TasteAtlas dua hari lalu, roti canai tersenarai antara 50 hidangan jalanan paling popular, mengalahkan Shanghai Lumpia (juga dikenali sebagai lumpia Filipina), Karaage Jepun dan Banh Mi Vietnam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Makanan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai melonjak ke kedudukan paling atas dalam senarai ‘Street Food’ (hidangan jalanan) dilakukan laman web, TasteAtlas yang berpangkalan di Croatia…atau adakah sebaliknya?

Menerusi catatan di Facebook TasteAtlas dua hari lalu, roti canai tersenarai antara 50 hidangan jalanan paling popular, mengalahkan Shanghai Lumpia (juga dikenali sebagai lumpia Filipina), Karaage Jepun dan Banh Mi Vietnam.

Manakala, Paratha India berada di kedudukan kelima, diikuti Gringas Mexico (tortila tepung diisi dengan daging khinzir diperap al pastor, keju dan hirisan nanas) serta Guotie China (ladu gaya utara yang biasa dirujuk sebagai potstickers).

Bagaimanapun, pautan ke laman web TasteAtlas dalam catatan Facebook sama, menunjukkan roti canai berada di tempat kedua, diatasi oleh Guotie.

Namun, catatan itu menerima pelbagai reaksi, terutama dalam kalangan rakyat Malaysia yang gembira apabila roti canai mencapai kedudukan terbabit.

Ramai antara netizen berkongsi hidangan tambahan kegemaran mereka yang akan dimakan bersama roti canai, seperti kari ayam, kari kambing dan kuah dhal.

Selain itu, berlaku ‘perang makanan’ apabila ada mendakwa pisang goreng yang berada di kedudukan ke-42 dan dikreditkan sebagai hidangan Indonesia adalah makanan dari Malaysia.

Ini bukan kali pertama senarai dikeluarkan TasteAtlas mencetuskan ‘perdebatan’ kerana pada Jun lalu, pihak itu menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-46 dari 50 negara dalam senarai negara hidangan dunia.

Seorang jurucakap memberitahu The Vibes bahawa walaupun pengguna diberi kebebasan untuk menilai hidangan, ia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menetapkan dan mengesahkan sama ada penilaian itu adalah benar atau sebaliknya, dengan markah hanya akan dikira jika pengguna itu adalah benar-benar wujud.

TasteAtlas adalah projek diasaskan wartawan dan usahawan Matija Babić yang berpangkalan di Croatia yang mendakwa sebagai ensiklopedia citarasa serta hidangan tradisional dunia, bahan tempatan dan restoran asli.

Sehingga kini, pihak terbabit yang terdiri daripada sekumpulan 30 pengarang dan penyelidik, menghimpunkan lebih daripada 10,000 makanan dan minuman serta kira-kira 9,000 restoran di seluruh dunia. – The Vibes, 30 September 2022

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad