web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mansuh Hukuman Individu Cuba Bunuh Diri, ‘Mereka Bukan Penjenayah, Perlu Dirawat’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:00AM

Undang-undang lapuk yang menghukum individu cuba membunuh diri perlu dikaji semula atau dimansuhkan. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undang-undang lapuk yang menghukum individu cuba membunuh diri perlu dikaji semula atau dimansuhkan kerana golongan tersebut memerlukan bantuan rawatan kesihatan mental, bukannya dihukum.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata hampir kesemua individu yang cuba membunuh diri mengambil pendekatan tersebut disebabkan masalah kesihatan mental dihadapi mereka akibat pelbagai tekanan dalam kehidupan.

Menurut beliau, isu utama yang perlu dikaji adalah mengapa individu terbabit nekad untuk bertindak sedemikian dan mereka sepatutnya diberikan bantuan bukannya dihukum.

“Tindakan mengenakan hukuman mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan (cuba membunuh diri) misalnya, tidak menyelesaikan masalah tetapi memberi ‘double blow’ kepada individu berkenaan.

“Sudahlah berdepan masalah sehingga kesihatan mental terganggu, ditambah pula jika dikenakan hukuman penjara atau denda kerana cuba membunuh diri, ia tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya kepada Getaran.

Jelas Lam Thye lagi, jika seseorang individu yang cuba membunuh diri mengalami masalah kesihatan mental seperti tekanan atau kemurungan, mereka tidak boleh dianggap sebagai penjenayah.

Sebaliknya tegas beliau, golongan tersebut memerlukan perhatian pakar seperti diberi kaunseling atau rawatan kesihatan mental untuk membantu ‘memulihkan’ masalah dihadapi.

“Bagaimanapun, apa yang dihadapi mereka adalah jika gagal berbuat demikian, polis terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang membawa hukuman penjara atau denda.

“Ia adalah undang-undang lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah, malah kebanyakan negara seperti negara Komanwel sudah pun memansuhkannya,” katanya.

Lam Thye yang juga Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata, perkara itu sudah pun dibincangkan dalam majlis tersebut dan semua panel bersetuju bahawa undang-undang terbabit perlu dikaji semula atau dihapuskan.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya difahamkan, KDN ada pandangan lain berhubung isu ini. Justeru, kami menggesa supaya KDN mengkaji semula perkara tersebut supaya golongan terbabit tidak dilihat sebagai penjenayah,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti SEGi, Prof Dr Mariani Md Nor pula berpendapat, sekiranya seseorang individu nekad untuk mengakhiri nyawanya sendiri, maka apa jua jenis hukuman sekali pun tidak akan memberi kesan kepada mereka.

Beliau berkata, jika seseorang itu sanggup bertindak sedemikian, dia pastinya mengalami pelbagai masalah yang tidak berkesudahan sehingga tidak dapat meneruskan kehidupan secara normal.

“Kesan unfinished business dihadapi mereka, ditambah dengan orang sekeliling seperti keluarga dan rakan yang tidak lagi ambil peduli boleh mengakibatkan golongan tersebut mengalami kemurungan.

“Apabila kebuntuan emosi dihadapi mereka mencapai tahap kemuncak, golongan tersebut memilih jalan singkat iaitu dengan membunuh diri sebagai jalan penyelesaian,” katanya.

Susulan itu, beliau berpendapat peruntukan undang-undang atau hukuman yang dikenakan terhadap golongan tersebut bukanlah jalan penyelesaian dalam membendung isu berkenaan.

Sebaliknya Mariani berkata, golongan tersebut sudah ‘lali’ dan tidak merasakan apa-apa dalam kehidupan mereka.

 “Oleh itu, pihak berkuasa harus menjadi bijak dan mengkaji semula tindakan yang boleh diambil terhadap golongan tersebut terutamanya program pemulihan seperti kaunseling atau rawatan psikologi.

“Pendekatan yang ingin diambil perlulah lebih bersifat kemanusiaan dengan memberi mereka terapi atau rawatan sewajarnya supaya dapat memberi kesedaran kepada golongan tersebut,” katanya. - Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad