web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Hakim Mohd Nazlan Selesai - Azam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 9:48PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, telah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya menunggu arahan selanjutnya, yang akan diberikan oleh Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan seterusnya.

Azam Baki - Gambar fail
Azam Baki - Gambar fail

“Dalam kes berkenaan, pada saya, kami (SPRM) telah selesaikan kertas siasatan dan ia (kertas siasatan) berada dengan SPRM...untuk arahan selanjutnya oleh AG.

“Seperti mana saya sebut dahulu, setakat ini saya juga belum dapat mengumumkan apa-apa arahan daripada AG. Buat masa ini, saya ‘reserve my comment’ dalam siasatan ini dan enggan mengulas lanjut,” beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di sini hari ini.

Pada 21 Ogos lalu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dilaporkan berkata, kertas siasatan kes membabitkan Mohd Nazlan tidak berada dengan AG.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Sementara itu, Azam berkata enam individu lagi termasuk pengarah syarikat, pengerusi pertubuhan, pegawai pentadbir syarikat dan setiausaha pertubuhan, dijangka dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Beliau berkata siasatan kes itu telah selesai dan sehingga kini sebanyak 33 kertas siasatan sudah dibuka, dengan lapan individu telah dituduh di mahkamah berhubung kes tersebut.

“Bagi yang belum dituduh kita jangka Jabatan Peguam Negara akan bersetuju untuk tuduh seramai enam orang lagi,” katanya.

Sementara itu Azam berkata pihaknya bersedia membantu parti politik membuat pemeriksaan dan saringan terhadap calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata walaupun tiada undang-undang atau dasar untuk memaksa agensi itu membuat saringan terhadap calon PRU15, namun mereka akan cuba membantu parti politik berbuat demikian.

“Saya percaya jabatan lain juga sedang menjalankan tapisan yang diperlukan oleh parti politik. Jadi, dalam kes SPRM, kami bersedia untuk membuat pemeriksaan dari segi rasuah, jika perlu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad