web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NCCIM Minta Segerakan Pengambilan Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 8:09PM

NCCIM meminta supaya semua proses perlu dijalankan secara dalam talian melalui satu sistem bagi meningkatkan kecekapan dan memendekkan masa menunggu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) mahukan supaya ada perasaan yang “lebih mendesak dan sensitif untuk keperluan perniagaan” dengan pendekatan yang lebih cekap, selaras dan mudah bagi meluluskan pengambilan pekerja asing.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata semua proses perlu dijalankan secara dalam talian melalui satu sistem untuk meningkatkan kecekapan dan memendekkan masa menunggu di antara setiap proses supaya mobilisasi pekerja dapat disegerakan.

“Secara khususnya, komuniti perniagaan berharap cara yang mudah yang diselaraskan daripada semua agensi kerajaan khususnya Jabatan Imigresen supaya mereka menempatkan lebih ramai pegawai yang meluluskan bilangan permohonan mendapatkan pekerja asing yang lebih ramai ke negeri-negeri pada masa ini,” katanya.

“Walaupun proses temu duga kini lebih teratur dan cekap, halangan selanjutnya dalam proses pengambilan sekarang ialah tempoh yang panjang untuk kelulusan visa oleh Jabatan Imigresen, yang boleh mengambil masa hampir enam minggu khususnya di Lembah Klang.

"Majikan tidak faham mengapa ia mengambil masa yang lama sedangkan kebanyakan maklumat sudah ada dalam sistem. Tahap perkhidmatan di Jabatan Imigresen tidak selari dengan keperluan mendesak dalam perniagaan," katanya.

Kenyataan itu berkata, pusat sehenti Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah meluluskan hampir 510,000 permohonan untuk pekerja asing, dengan levi diselesaikan hampir 437,000. Bagaimanapun, hanya kira-kira 76,000 pekerja atau 17 peratus daripada kuota yang dibayar levi, telah tiba di Malaysia setakat minggu lepas.

Angka-angka tersebut, dengan levi yang dibayar oleh majikan lebih RM742 juta, agak membimbangkan dan mengecewakan kerana komuniti perniagaan amat memerlukan pekerja untuk menyokong operasi mereka dan membantu menghadapi persekitaran semasa yang mencabar, katanya.

Beliau juga berkata jumlah penerbangan yang tidak mencukupi menghalang ketibaan lebih ramai pekerja dan mahukan pihak berkuasa penerbangan meningkatkan kekerapan penerbangan daripada destinasi tertentu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan daripada Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) dan sembilan persatuan lain yang berkaitan dengan sektor pembinaan, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya "segera campur tangan" bagi membantu industri pembinaan kerana "kekurangan tindakan" untuk menyelesaikan masalah boleh memberi kesan yang "buruk".

"Kunci untuk memastikan bekalan pekerja mencukupi adalah dengan memudahkan proses permohonan pekerja asing," kata kenyataan itu.

Para kontraktor kini berada dalam situasi tertekan kerana mereka perlu membayar kadar faedah yang lebih tinggi dan menangani cabaran-cabaran lain dalam sektor seperti kos bahan binaan yang lebih tinggi.

Persatuan itu turut meminta Perdana Menteri mengembalikan semula keseluruhan proses kemasukan pekerja asing kepada Pusat Pertukaran Pekerja Pembinaan Bhd (CLAB).

"CLAB sepatutnya dibenarkan mengendalikan isu pekerja asing tanpa penyertaan KSM kerana ini sudah pun menjadi rancangan asal untuk industri pembinaan," katanya.

“Pendaftaran dan kemasukan pekerja asing pada masa ini telah dibahagikan kepada banyak proses untuk menampung banyak entiti penyumberan luar yang diwujudkan bagi melaksanakan setiap langkah pengambilan tersebut.

“Walaupun boleh dikatakan yuran yang dikenakan oleh entiti penyumberan luar dibayar oleh pekerja asing, yuran ini menambah beban yang tidak perlu kepada mereka dan akan diserahkan semula kepada majikan dan akhirnya kepada pengguna,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, garis panduan yang jelas mengenai pengambilan pekerja asing dan memudahkan proses itu secara "drastik" akan mengurangkan bilangan pekerja asing tanpa izin.

Tiada majikan yang mahu mengambil pekerja asing tanpa izin jika proses untuk mendapatkan pekerja asing yang sah adalah cekap dan telus. Proses semasa perlu diperkemaskan," jelas kenyataan itu lagi.

“Kerajaan masih boleh mendapat hasil yang diperlukan dan ini boleh menjadi strategi menang-menang untuk semua pihak yang berkepentingan.'' - Bernama

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

Semasa 1 hari yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 14 jam yang lalu

Lawatan Ke 3 Negara Asia Tengah Berjaya Jana Pelaburan Lebih RM2.1 Bilion - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM