web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Terima Suapan, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P Pinang - Azam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 4:51PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam membimbangkan di Pulau Pinang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Katanya berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan itu sejak 2019 hingga kini.

“Banyak kesalahan yang dilakukan dan kesalahan rasuah yang menjadi pilihan lazimnya melibatkan dua kesalahan iaitu penerimaan suapan dan salah guna kuasa.

“Kami terima sebanyak 312 maklumat kes penerimaan suapan dan 147 maklumat kes salah guna kuasa di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemu bual dalam program Cakna Rasuah bersama radio Mutiara.fm, RTM Pulau Pinang hari ini.

Azam berkata perkara itu membimbangkan kerana ia melibatkan salah guna kuasa seperti menggunakan jawatan untuk pemberian kontrak kerja kepada kaum keluarga atau individu yang mempunyai pertalian darah.

Menurut Azam kesalahan membuat tuntutan palsu untuk sesuatu kerja yang dilaksanakan juga banyak berlaku di Pulau Pinang.

“Sebagai contoh, individu yang kononnya melaksanakan sesuatu pekerjaan dan dia membuat tuntutan palsu (untuk kerja yang dilaksanakan) seolah-olah dia yang buat kerja itu, ia banyak berlaku dan amat merugikan.

“Saban hari ia semakin meningkat, saya minta semua ketua jabatan untuk memantau pegawai mereka yang diberikan kuasa dalam memutuskan sesuatu keputusan dan dari segi tadbir urus,” katanya.

Menurut Azam penjawat awam merupakan kumpulan sasar pertama SPRM (pantau dan siasat) kerana mereka nadi pentadbiran kepada sesuatu negeri dan dalam negara ini.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk melihat isu rasuah dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad