web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga: Wanita OKU Mental Mohon Bantuan Rumah, Bilik Sewa Murah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 8:25AM

Wanita itu berkata suaminya sudah tiga kali ditahan polis namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah kerana sudah tidak sanggup tinggal bersama suaminya. 

Mangsa, 36, yang hanya ingin dikenali sebagai W, berkata dia berkenalan dengan suaminya, 40, melalui segmen kenalan di majalah dan berumah tangga pada 2014.

“Semuanya tidak seindah yang disangka apabila suami saya mula menunjukkan sisi gelapnya dua minggu selepas perkahwinan dengan perlakuan membuang dan mencampak barang di dalam rumah serta memukul saya.

“Kini, saya mendapat bantuan bayaran sewa rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450... saya ingin keluar dari rumah ini serta memulakan hidup baru dan memohon bantuan orang ramai yang sudi menawarkan rumah atau bilik pada harga yang rendah kepada kami,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lebih memilukan, emak W yang berusia 62 tahun dan berkerusi roda selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis turut menjadi mangsa dera apabila lelaki itu ingin melepaskan kemarahan.

“Dia mencampakkan kerusi roda ke arah saya dan emak sehingga mendapat perhatian jiran... mereka kemudian menelefon ambulans dan membawa kami ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

“Saya tidak pernah membuat laporan polis sehinggalah jururawat yang merawat saya dan emak melakukannya kerana merasakan kami telah didera,” katanya.

Wanita itu berkata suaminya sudah tiga kali ditahan polis namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata isu itu perlu diberi keutamaan oleh semua pihak serta perlu segera dilaporkan agar tidak berlanjutan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan